Aaron Aziz Juara Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2011/2012)

MALAM ABPBH 2011

Kemenangan Aaron Aziz menjadi juara (Anugerah bintang Popular Berita Harian) ABPBH 2011 menepati ramalan media massa dan desas desus yang diwarwarkan menerusi media elektronik dan cetak.Aaron Aziz merupakan pelakon Singapura yang banyak dikenali ditelevisyen di Singapura dan Malaysia. Nama sebenar beliau adalah Aaron Mustapha Aziz

BERDUA
SAAT ROMANTIS


Banyak kontroversi ditimbulkan sebelum ini yang mana nama sebenar Aaron Aziz dikatakan “Mat Haron” sehingga memaksa beliau menunjukkan kad pengenalan yang memaparkan nama sebenarnya.Kemenangan Aaron Aziz menjadi juara ABPBH 2011 adalah bukti bahawa dirinya popular kerana Juara ABPBH 2011 ditentukan berdasarkan undi daripada pembaca akhbar Berita Harian seluruh Malaysia.

Aaron Aziz yang sudah berkahwin dengan Diyana Halik dikurniakan 3 cahaya mata.Isterinya Diyana Halik adalah 5 tahun lebih muda darinya.Aaron sudah kehilangan bapanya sejak dari kecil membuatkannya lebih berdikari kerana tiada bapa yang dapat menunjukkan contoh kebapaan dan sikap kelelakian kepada dirinya dalam hal ehwal rumah tangga.Pada malam anugerah itu Aaron mengucapkan terima kasih kepada Erma Fatima kerana membawanya ke Malaysia.

KELUARGA AARON AZIZ DAN DIYANA HALIK


Anda boleh melihat video rakaman Aaron ketika diumumkan sebagai Juara ABPBH 2011 di Youtube...=D cheers

0 comments:

Post a Comment