Bruno Mars homoseksual?

Bruno Mars

Dunia Hollywood kecoh lagi dengan gosip yang menyatakan bahawa Bruno Mars adalah seorang homoseksual.
Bruno Mars  mula menjadi topik trending di laman Twitter selepas CNN iReport mengeluarkan cerita dengan tajuk "Artis Pop popular Bruno Mars mengakui dirinya adalah homoseksual".
Homoseksual ke?

Gosip dikeluarkan CNN iReport menyatakan Bruno Mars yang popular dengan lagu "It Will Rain" dan "Grenade" mengakui bahawa dirinya adalah seorang homoseksual melalui temu bual dengan sebuah stesen radio di Chicago.Rata-rata peminat terkejut dengan berita ini dan pelbagai reaksi muncul, "Bruno Mars adalah gay? Adakah ini benar? Jika betul saya terkejut."
Laman GossipCop telah menyatakan bahawa media kedua yang tidak dikenali telah menghebohkan mengenai berita tersebut, dan mereka juga sependapat bahawa "penyanyi tersebut telah menghebahkan statusnya melalui temu bual di sebuah stesen radio di Chicago" dan dia cuma menggunakan alasan April Fool's Day sebagai ujian, apabila hakikatnya adalah benar.
Menurut Mars,"Perkiraan masa adalah tidak sesuai. Saya tidak menyedari bahawa ianya April Fool's , tetapi saya telah dikhabarkan mengenai gosip ini dan saya tidak mahu ianya diketahui umum."

Bruno Mars Cool

Walau bagaimanapun, seperti kebanyakan gosip, wakil Bruno Mars telah memberi penjelasan rasmi bahawa laporan mengenai topic hangat itu  adalah tidak berasas dan tidak benar sama sekali.Peminat-peminat Bruno Mars, khasnya kaum wanita bolehlah menarik lafas lega kerana penyanyi popular dengan lagu romantis dan pop  ini bukanlah seorang homoseksual =P

3 comments:

Anonymous said...

Kalo betul laa..mmg mcmm ade rupe nyerr punn... =P

P43H said...

ha hak~~bruno ada rupe gay ker?

Anonymous said...

Ader.....artis barat nie xley percayer sgt..yg ensem x menjamin tulenn..haha...

Post a Comment