Lelaki Indonesia Mati Di BUNUH


Mayat seorang lelaki Indonesia ditemui dengan tangan berikat di tempat pembuangan sampah di Jalan Masjid ,Subang, semalam.Mayat lelaki Indonesia tu ditemui jam 8 pagi oleh seorang pengawal keselamatan.
Longgokan sampah


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sebaik dimaklumkan berhubung perkara itu.Lelaki yang dipercayai baru sahaja dibunuh, beberapa jam sebelum mayatnya dijumpai.
“Siasatan menunjukkan kedua-dua tangan mangsa diikat ke belakang dan terdapat kesan cedera di leher, perut, depan dan belakang badannya.Menurutnya, tiada senjata atau dokumen pengenalan diri ditemui berhampiran mangsa atau kawasan sekitar.

Mayat Lelaki Indonesia

 
“Kita masih belum dapat kenal pasti motif kejadian dan siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,”
Mayat dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat.
Horor :{

0 comments:

Post a Comment