Memalukan…Restoran Milik VIP Curi Air


Restoran milik VIP bergelar Datuk diserbu Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span), semalam kerana disyaki mencuri air sejak tiga hari lalu.Restoran terletak di Seremban 2, dekat sini itu dipercayai melakukan sambungan­ haram untuk kegunaan harian premis yang baru dibuka Sabtu lalu.

Curi air


Pengurus Khidmat Pelanggan dan Hal Ehwal Awam Sains, Azlan Abdul Aziz berkata, hasil pemeriksaan lanjut, pihaknya mendapati wujud penyambungan paip tanpa kebenaran di premis terbabit.

“Hasil pemeriksaan mendapati sambungan secara tidak sah berkenaan dilakukan menggunakan paip jenis mudah lentur bersaiz 15 milimeter (mm) dan Hasil ujian klorin yang dilakukan menunjukkan air berkenaan adalah air terawat milik Sains,” katanya .Pihak berkuasa mengeluarkan notis memaklumkan kesalahan terhadap pemilik premis dan paip itu disita untuk dijadikan sebagai bahan bukti.

Sambungan paip yang di buat

“Siasatan awal mendapati air itu dipercayai digunakan untuk kegunaan harian premis berkenaan,” katanya.Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes curi air boleh menghubungi talian bebas tol Sains 1-800-88-6982 untuk tindakan lanjut dan identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan- sinar harian
Duit banyak pon curi air gak..ape celup?

0 comments:

Post a Comment