Yuna Artis Malaysia Pertama di Lollapalooza

YUNA @ LOLLAPALOOZA 2012


Festival muzik Lollapalooza merupakan satu acara muzik tahunan yang dianjurkan sejak tahun 1991 di Amerika Syarikat  menampilkan artis-artis hebat dari pelbagai genre. Artis dari Malaysia dari genre "indie" Yuna, bakal membuat persembahan di sana.

Lollapalooza bermaksud sesuatu yang menakjubkan,menarik dan lain daripada yang lain sebagai penghargaan kepada insan seni yang cemerlang ,popular dan unik dari genre masing - masing
 
Yuna,artis Malaysia yang kini sedang meraih populariti di Amerika Syarikat telah memaklumkan di dalam laman Twitter rasmi beliau  mengenai penglibatannya di festival tersebut. Tambahnya lagi beliau bakal membuat persembahan di pentas kecil sahaja. 

Yunalis Zarai


Walau bagaimanapun, dengan barisan artis-artis seperti Jack White, The Shins,Red Hot Chili Peppers,  dan ramai lagi, pencapaian Yuna di persada muzik antarabangsa sememangnya harus diberi pujian oleh rakyat Malaysia. Malah, ini juga membuka peluang untuk artis-artis Malaysia yang lain untuk beraksi di Lollapalooza

Pertama @ Lollapalooza


Walau bagaimanapun, melalui semakan di laman web Lollapalooza, jadual persembahan Yuna masih belum dikemas kini.Festival Lollapalooza bakal berlangsung pada 3 hingga 5 Ogos 2012.

0 comments:

Post a Comment