Zahida Rafik Kena "Cilok" RM 200 000


Pelakon yang sedang hangat diperkatakan, Zahida Mohamed Rafik a.k.a Zahida Rafik, kerugian RM200,000 kerana ditipu oleh pemandu peribadi yang telah berkhidmat lebih dari 5 tahun. Zahida yang popular menerusi filem komedi Anak Mami The Movie menyerahkan wang tunai berkenaan kepada suspek berusia 37 tahun itu pada kira-kira jam 11 pagi Rabu lalu dan sejak itu suspek gagal dihubungi,dipercayai melarikan diri.


Zahida Rafik dicilok RM 200K



Zahida Rafik menjalankan perniagaan milik keluarganya di sini turut ke rumah suspek tetapi hampa apabila dimaklumkan lelaki berkenaan tidak pulang ke rumah dan gagal dihubungi. Zahida kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, di sini, pada petang hari sama. Wang RM200,000 itu sepatutnya diberi 
kepada rakan perniagaannya di China.


Zahida Rafik (wajah full make over =p)



Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan menerima laporan berkenaan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan kerana pecah amanah.Zahida ketika dihubungi semalam berkata, apa yang berlaku mungkin kesilapannya sendiri kerana terlalu percaya terhadap suspek. Belum selesai isu dangan menteri dah kena tipu,Nampaknya suspek juga pandai mengambil kesempatan..Isy… ramai yang sanggup “mencilok” bile nampak duit yang banyak ni..=(

0 comments:

Post a Comment