Ella el la pula Berkahwin



Ella Berkahwin
Tiba-tiba dengan satu kejutan, baru-baru ini, Ella, 46,mengaku dia sudah bertemu putera hatinya dan akan berkahwin dalam waktu terdekat.Ella tersenyum riang ketika ditemu ramah media. Namun kali ini ia nampak jauh lebih riang. Jelas sekali,menterjemahkan perasaan sangat bahagia menghitung hari.Manakala kakak El la berkata dia lega kerana hati Ella akhirnya terbuka menerima seorang lelaki untuk menjadi pelindung kepada dirinya. Bukan saja Ella, Jojie sendiri yang jadi berdebar menunggu hari perkahwinan Ella.
  

Ella sangat bersyukur dengan ketentuan takdir yang tersurat buat dirinya juga dia begitu gementar menempuh saat menjadi seorang isteri.Ella bersyukur dikelilingi oleh mereka yang memahami dan sangat menyayangi dirinya dan menyifatkan bakal suaminya  Azhar ,seorang yang sangat matang.


“I am sooooo.... happy and I really love this feeling!” jerit kecil penyanyi lagu Sembilu dan Dua Insan Bercinta ini.
Ella el la Berkahwin Azhar Ghazali Firefly
Ella akan berkahwin bersama seorang jejaka Johor, Azhar Ghazali seorang juruterbang sudah sembilan tahun mencuri hatinya.Meraka  berdua sepakat untuk melaksanakan mana yang wajib dulu. Majlis persandingan akan berlangsung pada 1 Disember nanti di Pusat Konvensyen Antarabangsa, Putrajaya.Ujar Ella lagi “Saya sebenarnya sangat menghormati permintaan keluarga bakal suami saya yang tidak mahu majlis ini menjadi terlalu gah kerana mereka memang orangnya bersederhana.


Tahniah =D

1 comments:

obat herbal said...

postingan yang bagus tentang


Ella el la pula Berkahwin

Post a Comment