Aaron Aziz dalam wad Hospital


Pelakon hemsem pujaan khalayak, Aaron Aziz dimasukkan dalam wad kerana demam teruk dikhabarkan telah keluar dari hospital, pada hari Ahad lepas.Berita terkini ini dikongsi oleh isteri Aaron Aziz, Diyana Halik melalui tweet di Twitter miliknya.
Aaron Aziz dalam wad Hospital
Menurut isteri Aaron,Diyana Khalik, pelakon popular itu 'berkeras' mahu keluar dari hospital dan keadaannya dikhabarkan semakin pulih.
Aaron Aziz dan Isteri
Diyana yang juga pengurus Aaron juga memberitahu bahawa Aaron sudah tidak sabar untuk kembali ke  sesi penggambaran 'Fear Factor Selebriti Malaysia' yang dijalankan di Cape Town, Afrika Selatan.
Semoga sihat selalu ..=D
SeTeRuSnYa >>

Rihanna youtube, Chris bakal berkahwin?

Rihanna youtube you da one

Hubungan teman tapi bukan teman antara Rihanna dan Chris Brown sudah kelihatan baik apabila mereka sering dilihat bersama.Ada sumber tidak rasmi mengatakan mereka  sudah bersedia untuk mengumumkan hubungan mereka pada majlis pelancaran album terbaru Rihanna, pada 19 November 2012

Chris brown dan Rihanna berkahwin

Desas desus pasangan ini juga bakal mengakhiri hubungan mereka dengan perkahwinan."Sejak akhir-akhir ini Rihanna selalu menghabiskan masa distudio dan berbicara mengenai Chris Brown.
"Chris juga mengaku telah memutuskan hubungan bersama kekasih terkini , Karrueche Tran kerana mahu kembali bersama Rihanna."Mereka sangat serius dan mungkin berkeputusan untuk berkahwin," ait? kejap ok kejap tidak =P
SeTeRuSnYa >>

Scha Dituduh Mencuri pulak..



Heroin filem 'Awan Dania The Movie'  tampil memberi kenyataan kepada media atas tuduhan yang dilemparkan kepada Scha Al Yahya bahawa dirinya adalah individu yang mencuri pakaian bernilai RM2,000 di sebuah gedung pakaian terkenal,
Scha Al Yahya Pening

"Saya pening sebenarnya. Ada yang mengatakan saya yang mencuri pakaian jenama itu dan ada yang kata Awal yang buat. "Walaupun saya tahu untuk orang mempercayai penjelasan saya sangat sedikit, tetapi saya mahu katakan bahawa saya tidak melakukan perkara terkutuk itu, tidak mungkin.
Scha al Yahya dan Awal Ashaari

"Perkara ini benar-benar membuatkan Scha tertekan kerana namanya sudah tercalar , Scha berjumpa dengan pengurusan gedung pakaian itu dan meminta pihak terbabit untuk membuat satu kenyataan khas bagi menjelaskan situasi sebenar.Pihak itu enggan membuat sebarang penjelasan secara formal kerana menganggap tiada sebab kukuh untuk mereka berbuat demikian.Pening kepala jugak kalau media punya kuasa lagi kuat~~ =P
SeTeRuSnYa >>

Lelaki 2 tahun maut Terhempap


Seorang budak lelaki berusia dua tahun mati mengejut terhempap televisyen di rumahnya di Jalan Saujana 1, Taman Ampang Saujana di Ampang , Selangor. Semasa saat kejadian, emak mangsa, Nor Azlin Mohd Ali, 31, terdengar bunyi benda jatuh yang kuat.
Budak Terhempap 

Insiden pada 1.50 petang itu berlaku ketika Halif Hariz Khairil Anuar menarik  laci rak televisyen di bilik tidur, yang mengakibatkan televisyen di atasnya condong ke depan dan menghempap  mangsa.Mangsa ,  Halif Hariz mengalami kecederaan teruk dikepala dan meninggal dunia ketika dibawa ke Hospital Ampang.Sadis ~!! awasi anak anda selalu
Halif Hariz Khairil Anuar mangsa


SeTeRuSnYa >>

Operasi Rempit - Ibu dan anak ditahan



Operasi rempit

Ibu dan anak perempuan berusia 17 tahun merupakan pesalah -  pesalah trafik yang ditahan dalam operasi mencegah MatRempit oleh Unit Khas Pasukan Trafik Ibu Pejabat Polis Bukit Aman sekitar Padang Midin ,Kuala Terengganu
Ibu dan anak perempuan merempit?

Wanita berusia 36 tahun itu mendakwa kedua-dua mereka dalam perjalanan ke rumah keluarga angkat di sekitar kawasan itu ditahan atas kesalahan tidak memiliki lesen memandu. Ho ingatkan bole lepas, mak orang pon di tahannya..=p

SeTeRuSnYa >>

Artis dulu lagi berani - Nabila Huda


Nabila Huda tampil memohon maaf jika tindakannya menyinggung mana-mana pihak setelah kontroversi gaun hitam seksi yang dipakai pada majlis Anugerah Blokbuster .Komen Nabila,“Saya tidak faham kenapa benda ini boleh jadi isu kerana jika hendak dibandingkan dengan artis zaman dulu, penampilan mereka adalah lebih berani daripada saya.
Nabila huda seksi?

Nabila tidak mahu panjangkan tersebat dan memohon minta maaf secara terbuka kepada semua pihak yang tersinggung dengan penampilannya pada majlis anugerah.Nabila juga tidak mahu memberi sebarang komen lagi mengenai perkara itu.Terdapat komen rawak, sekarangkan ramai yang berilmu...mengapa mahu samakan dengan yang dahulu.Hangat~~!
SeTeRuSnYa >>

Eja a.k.a 'Tun Siti Hasmah'

Eja dan anaknya 

Watak Tun Siti Hasmah untuk teater arahan Erma Fatima bakal bertukar lagi,sebelum ini Erra Fazira dan Datin Sofea Jane, desas terbaru watak tersebut bakal digalas oleh aktres hebat, Eja."Memang betul saya dipilih untuk membawakan watak Tun Siti Hasmah,saya sudah menjalani latihan sejak awal oktober lalu. Saya menerima peluang yang diberikan oleh Umie Aida bukan atas faktor rakan semata-mata, sebaliknya lebih kepada kemajuan kerjaya sendiri.

Saya letakkan diri seperti kanak-kanak kecil memandangkan teater yang pertama bagi dirinya jadi pelbagai aspek perlu dipelajari."Dalam usia 40 tahun, berlakon teater adalah yang cukup besar buat diri saya. Sebelum ini ada juga tawaran yang diberikan, namun saya menolak dengan baik. Kini, sudah tiba waktu untuk saya cabar diri sendiri dan bersedia menerima segala kritikan dan teguran ."

Eja Tun Siti Hasmah
Eja tetap optimis dan yakin itu semua adalah rezeki daripada-Nya.Semuanya berbalik kepada ketentuan dan rezeki daripada Allah. Selebihnya, saya perlu berusaha dan tawakal, memberikan komitmen yang tinggi."Tentu sahaja, mana-mana pelakon tidak mahu dibandingkan dengan sesiapa. Saya percaya setiap pelakon ada kelebihan dan kekuatan sendiri. Jadi, doakan yang terbaik buat saya dan seluruh tenaga kerja teater ini nanti," tambah Eja yang mengakui gugup untuk beraksi di khalayak.
SeTeRuSnYa >>

Bas percuma atau Teksi berbayar


Usaha kerajaan mewujudkan perkhidmatan bas percuma Go-KL merupakan alternatif bagi menggalakkan rakyat amnya warga kota menggunakan pengangkutan awam seterusnya mengurangkan kesesakan lalu lintas di Pusat Perniagaan Daerah (CBD) di pusat bandar menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pemandu teksi di ibu negara.
Bas percuma GO - KL

Pertikaian pemandu teksi memuncak apabila lebih 200 pemandu teksi mogok di Bukit Bintang , pelbagai pihak mula terfikir sejauh mana kesan bas percuma ini kepada pemandu teksi hingga mereka nekad berhimpun.Sejak beroperasi pada 31 Ogos lalu, ramai yang menyambut baik perkhimatan percuma itu dan menyifatkan ia sebagai satu penghargaan kerajaan buat warga kota.
Teksi berbayar mahal?

Apa yang menjadi persoalan, adakah bas percuma ini dapat mengurangkan kesesakan di ibu kota seiring dengan matlamat asalnya? Tapi rasenyer berbaloi lah kan?xder lah kena cekik darah atau disembelih oleh tambang teksi yang mahal
SeTeRuSnYa >>

Stacy nak berlakon ?


Stacy menyatakan keinginannya untuk berlakon filem atau drama bagi melebarkan pengaruhnya dalam bidang seni.Stacie Angie Anam berumur  22 tahun, atau lebih tersohor sebagai Stacy, bukan stacy youtube yer =p
Stacy dan anaknya

Dia berminat untuk berlakon selain daripada menyanyi tetapi kekangan masa menghalangnya kerana sangat sibuk dan tidak mempunyai masa untuk terikat dengan komitmen seni yang lain .Kalau nak berlakon pun dia kena baiki dulu loghat Sabah yang pekat dalam tutur katanya.

Stacy AF6 nak jadi pelakon/ aktress?

Stacy tercalon untuk tiga kategori di AIM19 iaitu Album Terbaik (Stay-C), Video Muzik Terbaik (Pelangi Senja arahan Ghaz Abu Bakar) dan Susunan Muzik Terbaik di dalam Lagu (Kasanova).Klip video bule didapati atau di layan terus di Youtube =D
SeTeRuSnYa >>

Anzalna kumpul duit kahwin



Finalis Dewi Remaja 2010, Anzalna sememangnya mempunyai wajah dan penampilan yang menarik dan mampu membuat setiap orang tertarik. Peminat diluar ingin tahu status sebenar pelakon cantik dan seksi seksi Anzalna Nasir yang pernah muncul dalam rancangan "Sirrun"

Finalis dewi remaja Anzalna 

Anzalna sebenarnya sudah mempunyai seorang kekasih yang tampan serta sentiasa mencintainya.
Ujarnya mengenai perancangan mereka berdua untuk berkahwin sebelum umur mencecah 26 tahun.

Anzalna seksi seksi


Anzalna berkata mereka sama-sama baru nak mula mengumpul duit.Khabarnya telah berkenalan sejak lima tahun lepas dan mula menjalinkan hubungan cinta hampir satu tahun. Sebelum ini Anzalna seksi seksi dikaitkan dengan gosip chenta bersama aktor muda, Aeril Zafril.

SeTeRuSnYa >>