Bas percuma atau Teksi berbayar


Usaha kerajaan mewujudkan perkhidmatan bas percuma Go-KL merupakan alternatif bagi menggalakkan rakyat amnya warga kota menggunakan pengangkutan awam seterusnya mengurangkan kesesakan lalu lintas di Pusat Perniagaan Daerah (CBD) di pusat bandar menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pemandu teksi di ibu negara.
Bas percuma GO - KL

Pertikaian pemandu teksi memuncak apabila lebih 200 pemandu teksi mogok di Bukit Bintang , pelbagai pihak mula terfikir sejauh mana kesan bas percuma ini kepada pemandu teksi hingga mereka nekad berhimpun.Sejak beroperasi pada 31 Ogos lalu, ramai yang menyambut baik perkhimatan percuma itu dan menyifatkan ia sebagai satu penghargaan kerajaan buat warga kota.
Teksi berbayar mahal?

Apa yang menjadi persoalan, adakah bas percuma ini dapat mengurangkan kesesakan di ibu kota seiring dengan matlamat asalnya? Tapi rasenyer berbaloi lah kan?xder lah kena cekik darah atau disembelih oleh tambang teksi yang mahal

0 comments:

Post a Comment