Black 505 tetap diteruskan walau Agong bertitah sebaliknya


Himpunan 505  terhadap keputusan Pilihan Raya 2013  tetap diteruskan demi menunjukkan rasa tidak puas hati rakyat kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan bukan bertujuan menderhaka kepada titah Yang di-Pertuan Agong, kata PKR. “Jadi tujuan kita berkumpul ialah untuk menyatakan rasa tidak puas hati kita terhadap tindakan SPR, tidak ada niat untuk mempertikaikan pandangan Tuanku.
Black 505
Setiap  kali tamat himpunan 505 mereka akan nyanyikan lagu Negaraku ,menunjukkan taat setia kepada Tuanku,” kata Johari kepada The Malaysian Insider merujuk kepada lagu Kebangsaan.Himpunan terus dilaksanakan sehingga pengerusi dan timbalan SPR yang dilantik Agong meletak jawatan.Tuanku Abdul Halim yang melahirkan rasa sukacita kerana proses pilihan raya umum lepas berjalan dengan tertib dan harmonis bagaimanapun turut mengulangi gesaannya agar semua pihak menerima keputusan yang telah dibuat rakyat iaitu melalui peti undi yang selaras dengan prinsip keluhuran dan kedaulatan undang-undang.
Black 505 tetap diteruskan

“Jika terdapat sebarang perbezaan atau ketidakpuasan hati, maka gunakanlah mekanisme mahkamah yang sedia ada, sepertimana diperuntukan Perlembagaan dan undang-undang negara.Politik oh politik..ini semua wang,kuasa,kedudukan..dunia
SeTeRuSnYa >>

Raja Farah akan tinggal dunia lakonan



Pelakon cantik, Rajah Farah atau nama sebenar Raja Farah Binti Raja Aziz, 25, mengaku sangat gembira berniaga tudung dan kedai Snogurt di Metropint Complex, Kajang. Akan tetapi,Raja Farah menafikan khabar bahawa dia akan meninggalkan dunia lakonan.

Raja Farah tinggalkan lakonan
Banyak syarat  perlu dipertimbangkan dengan status sudah bergelar isteri. Apa saya lakukan wajib ada persetujuan dari suami dan disebabkan itu saya tidak mahu menyusahkan pihak produksi dan terpaksa menolak beberapa tawaran berlakon.Suami lebih mengalakkan Farah berniaga, pada mulanya Farah ingin juga berlakon selepas mendirikan rumah tangga tetapi bila melihat situasi dan memikirkan suami Farah jadi serba salah dan baru tahu mengapa suami tidak galakkan Fara untuk terus dengan bidang lakonan." 
Raja Farah kahwin terkini

Kesibukan mengurus perniagaan antara faktor lain dia terpaksa menolak tawaran berlakon."Farah buat masa ini tengah seronok berniaga. Biarlah fokus dengan perniagaan ini dahulu,Raja Farah bakal menjadi pengacaran bagi salah sebuah rancangan 'Travel log' yang akan disiarkan Astro Oasis untuk musim ke 9 dan 10 bersama Aktal Sahari.


SeTeRuSnYa >>

Dr Khir Toyo kekal dipenjara 12 bulan


Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 23 Dis 2011 lalu memerintahkan agar Dr Khir Toyo dilucutkan hak ke atas tanah yang dimiliki di Shah Alam dan diserah terus kepada kerajaan.Mahkamah Rayuan pada hari ini  mengekalkan hukuman penjara 12 bulan terhadap bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo kerana diri dan isteri suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7, Shah Alam

Dr Khir Toyo kekal dipenjara 12 bulan

Tiga panel hakim membacakan penghakiman selama hampir dua jam berkata panel tiga hakim yang turut dianggotai Datuk Aziah Ali telah sebulat suara bahawa tiada sebab untuk mahkamah rayuan mengganggu dapatan fakta serta penyabitan yang dibuat oleh hakim mahkamah tinggi pada 23 Dis, 2011.

Setelah meneliti semua rekod rayuan, serta hujah dari kedua-dua pihak, hakim - hakim  perbicaran telah membuat keputusan yang tepat dan tidak terkhilaf dalam menyabitkan Dr Mohamad Khir dengan pertuduhan tersebut.!!
SeTeRuSnYa >>

Eina Azman Saman ibu Afiq Muiz?


Artis muda, Eina Azman mahu meneruskan niatnya menyaman ibu 'kekasihnya', aktor Afiq Muiz.Ibu Afiq, Hasliza Mohamad tidak memohon maaf atas tohmahan dilemparkan.Eina berkata, "Saya serahkan kes saman ini kepada keluarga. Tunggu saja apa yang akan berlaku .
Eina Azman Saman ibu Afiq Muiz?

Ahli keluarga ibunya turut menyerang di Twitter. Saya tidak akan meminta maaf kerana tiada sebab. Ibu Afiq yang memburukkan dan mengaibkan saya, bukannya saya. Saya berani bercakap begini sebab saya ada bukti sahih.
Afiq Muiz dan Eina Azman

Kontroversi Afiq Muiz dan ibunya menjadi perhatian umum selepas ibunya,Hasliza mendedahkan anaknya itu mula lupa diri selepas menjalin hubungan dengan seorang aktres yang didakwa adalah Eina Azman.
SeTeRuSnYa >>

Imunisasi wajib bagi anak anda

Selain memberi perhatian kepada pemakanan dan penjagaan kesihatan, imunisasi merupakan  cara utama untuk mencegah penyakit.  Semua imunisasi kini wajib diberi kepada semua bayi dan kanak-kanak. Para ibu,sila ambil perhatian

Imunisasi wajib 


BCG Mengandungi cecair M. Bovis hidup yang sudah dilemahkan. Imunisasi ini tidak menghalang jangkitan Tuberkulosis (TB) tetapi mengurangkan risiko terjadinya TB berat seperti TB meningitis dan TB miliari.

Hepatitis B Vaksin kombinasi HepB dan DTP yang berdasarkan hasil penelitian Biofarma, dapat memberikan reaksi  antibodi yang lebih baik berbanding jika diberikan secara berasingan.

Polio. Polio boleh mengakibatkan  lumpuh dan sukar bernafas.  Ada dua jenis vaksin polio iaitu vaksin polio tak aktif (IPV), yang mengandungi virus polio yang dimatikan dan ia diberikan dalam bentuk suntikan.  Jenis kedua ialah vaksin polio oral (OPV) yang mengandungi virus hidup yang dilemahkan.

DPT Ada vaksin DTaP (Difteria, Tetanus, aselular Pertusis) atau yang dikenali sebagai vaksin DTP yang tidak mencetuskan demam. Walaupun reaksi selepas imunisasi DTaP baik setempat mahu pun sistemik adalah lebih rendah berbanding selepas DTP biasa, vaksin itu masih boleh menimbulkan reaksi demam dan bengkak seperti vaksin jenis lain.

Campak Jika demam campak menjangkiti kanak-kanak terutamanya yang berusia di bawah lima tahun, ia boleh mengakibatkan kematian.

HIB Ada vaksin kombinasi DTP dan HIB dengan daya keimunogenan yang kekal tinggi tanpa mempengaruhi kesan imun sesama sendiri.

PCV Bayi berisiko tinggi mengalami pengkolonian pneumokokus, bayi yang mengalami jangkitan saluran nafas atas, sering menghidu asap rokok, bayi yang tidak menyusu badan dan bayi yang tinggal di negara empat musim (pada musim sejuk).

ROTAVIRUS Di Indonesia, 28% kematian bayi adalah disebabkan oleh cirit-birit.  Untuk masalah itu, ada vaksin monovalen (Rotarix) dan pentavalen (Rotareq).

INFLUENZA IDAI mengesyorkan agar imunisasi influenza diberikan kepada:
-     Kanak-kanak sihat yang berusia 6 bulan hingga 2 tahun.
-     Kanak-kanak yang menghidap penyakit jantung kronik, asma, diabetes, penyakit buah pinggang kronik dan HIV.
-    Kanak-kanak yang tinggal di tempat seperti asrama, rumah anak yatim atau sekolah pondok.
-    Orang yang boleh menularkan virus flu kepada orang yang berisiko tinggi seperti pengasuh anak dan petugas kesihatan.

VARISELA Tidak boleh diberikan kepada kanak-kanak yang sedang demam teruk, kekurangan limfosit atau sel darah putih, yang alah kepada neomisin dan kekurangan sel imun.

MMR Imunisasi MMR tetap diberikan walaupun kanak-kanak pernah menghidap demam campak, beguk atau rubela. Tidak ada kesan imunisasi yang berlaku terhadap kanak-kanak yang pernah mendapat perlindungan daripada satu atau lebih daripada ketiga-tiga penyakit tersebut. Imunisasi ini juga tiada kaitan dengan autisme.

TIFOID Tifoid merupkan  akut disebab oleh bakteria salmonella typhi. Bakteria ini sering dijumpai di dalam air dan persekitaran tempat tinggal yang tidak dijaga kebersihannya.

HEP A Hepatitis A adalah penyakit radang hati yang sering menyerang kanak-kanak.

HPV Imunisasi  boleh diberikan kepada pesakit sejak usianya 10 tahun. Jika vaksin HPV bivalen digunakan maka sejumlah tiga dos akan diberikan kepada pesakit. Dos kedua diberikan sebulan selepas dos pertama, sementara dos ketiga diberikan lima bulan kemudian. Vaksin HPV tetravalen juga diberikan sebanyak tiga dos.  Dos kedua diberikan dua bulan selepas dos pertama dan dos ketiga pula diberikan empat bulan kemudian.

Sebelum vaksin diperoleh, doktor perlu memberi penjelasan tentang bahaya penyakit, manfaat imunisasi serta kesan yang mungkin timbul setelah suntikan vaksin diberikan.

Perlu diingat, ibu bapa harus memaklumkan kepada doktor mengenai hal yang berkaitan kontraindikasi (penggunaan ubat tertentu yang memudaratkan pesakit) yang mungkin pernah berlaku sebelum imunisasi diberikan termasuklah sejarah penyakit anak, alahan terhadap neomisin, sejarah imunisasi sebelumnya dan rawatan yang sedang dilakukan. Perkara ini berguna bagi menjangka reaksi tubuh kanak-kanak selepas diberikan imunisasi. SELAMAT!!
SeTeRuSnYa >>

Marsha artis buang keluarga



Pelakon dan penyanyi akademi fantasia, Marsha Milan Londoh menidakkan gossip hangat kononnya dia membuang keluarga kerana dia menukar namanya daripada Marsha Milan Londoh ke Marsha Milan.

marsha milan londoh seksi


Marsha membuat keputusan untuk menggunakan nama baru lebih komersial itu kerana tidak mahu sesetengah pihak ralat menyebut namanya "Jika ada orang kata saya buang keluarga, itu salah. Milan itu nama bapa saya. Londoh adalah nama keluarga turun-temurun. Jadi siapa kata saya buang keluarga? Semuanya bermula bila saya menjadi hos program "Propaganza".
SeTeRuSnYa >>

Sazzy Falak ke New York

"SF by Sazzy Falak" jenama pakaian baru yang akan ke New York, Amerika Syarikat.Pengacara dan pelakon jelita ini tidak menyangka pakaian jenamanya akan diperaga pada "Plitz New York Fashion Week".Sazzy Falak memberitahu tema batik bagi koleksi pakaiannya bertemakan fesyen jalanan.

SF by Sazzy Falak


Minat kepada fesyen membuat Sazzy menceburkan diri dalam dunia fesyen dan menghasilkan pakaian jenamanya sendiri, jenamanya merupakan wakil tunggal dari Asia .Bangga!


SeTeRuSnYa >>

Lelaki Mati Tiba - tiba Akibat Curi Kereta


Si Lelaki pencuri jatuh rebah dan mati, Lelaki pencuri itu berlari sejauh 100 meter semasa meninggalkan kereta curi itu  menyedari terdapat seorang kanak-kanak di dalam kereta. Kejadian 7 pagi , suspek itu melarikan sebuah kereta yang ditinggalkan seketika dalam keadaan enjin masih "hidup" oleh seorang wanita ketika dua anak perempuannya masing-masing berumur empat tahun dan empat bulan di sebuah pusat asuhan di Taman Melati.
Lelaki Curi Kereta

Suspek turut membawa bersama sebuah beg duit dipercayai beg yang dicuri dari kenderaan itu.Kejadian berlaku di Wangsa Maju,Kuala Lumpur.
Suspek mempunyai beberapa rekod jenayah termasuk dadah.
SeTeRuSnYa >>

Minyak wangi termahal Chanel


Sebotol minyak wangi terbaru Chanel berharga lebih dari RM12,000?Wow mahalnyer,apa yang istimewa sangat..?minyak wangi terbaru edisi terhad yang diberi nama Grand Extrait. Harga runcitnya £2732.24 (RM12,521.76), minyak wangi tersebut merupakan minyak wangi Chanel yang termahal. 

Chanel Grand Extrait


Tetapi  formula dan campuran yang digunakan bagi haruman tersebut sebenarnya tidaklah jauh ralat daripada minyak wangi di kedai bebas cukai dengan harga RM300. Menurut sumber pengeluar haruman, Grand Extrait lebih mahal adalah botolnya yang diperbuat daripada kaca yang diukir dengan penuh teliti. Gila..!
SeTeRuSnYa >>

Sharifah Sakinah muat naik video unsur tidak sopan


Pelakon setahun jagung Sharifah Sakinah mencetuskan kontroversi hangat selepas memuat naik video berunsur tidak sopan di laman video sosial Keek.Dia kemudiannya memohon maaf atas perbuatan itu. Sharifah Sakinah tidak menyangka niat bergurau memakan diri sendiri apabila di kritik hebat peminat dan masyarakat Malaysia

Gambar Sharifah Sakinah tidak sopan?

"Video itu sekadar mengusik. Saya tak sangka ia jadi besar begini. Di mata saya dan beberapa pelakon yang bersama ketika rakaman dibuat tidak menganggap ia isu besar. Lalu saya tak berfikir banyak kali ketika memuat naik rakaman itu di Youtube juga ada?
"Saya mengaku bersalah menyebut tentang pakaian dalam. Saya fikir semua hal membabitkan agama, politik atau yang berkaitan dengan kehormatan diri amat sensitif. Saya dengan rendah diri memohon maaf atas kesilapan ini," jelas adik kepada pelakon dan pengacara Sharifah Shahirah ini.
SeTeRuSnYa >>

Saiful Bukhari bakal berkahwin dengan personaliti TV3

Saiful Bukhari Azlan akhirnya bertemu jodoh dan akan melangsungkan perkahwinan pada 25 Mei 2013,hari sabtu.Saiful Bukhari akan berkahwin dengan  personaliti yang pernah bertugas di jabatan  jenayah dan politik TV3, Nik Suryani Megat Deraman.

Nik Suryani Megat Deraman
Menurut sumber TV3,Saiful Bukhari sendiri menegur dan berkenalan dengan Nik Suryani di sebuah restoran dan ketika kes itu selesai.Majlis bakal berlangsung di kampung Nik Suryani negeri Terengganu.Tiada komen lanjut dari pihak Nik Suryani.Tahniah2

Saiful Bukhari Azlan kahwin Nik suryani megat deraman

SeTeRuSnYa >>

Fakta Benar tentang Gimnasium

Ada fakta menarik tentang Gimnasium yang anda mungkin tidak sedar =D

Fakta Benar Gimnasium

-Saiz simpanan wang anda mempengaruhi tabiat kerajinan anda pergi ke sana
-Tempat anda berkenalan (mengorat awek hot)

-Anda akan banyak makan coklat bar (power bar)
-Terlampau banyak keahlian gimnasium

-Menipu jer , xpergi pun ke gimnasium tu
-Kerap kah anda pergi ker gim 



SeTeRuSnYa >>

Bintang Paling Popular ABP2012 Hilang Kereta


Bintang Paling Popular pada malam Anugerah Bintang Popular 2012 Shaheizy Sam hilang ? Kereta mewah jenis Nissan Fairlady RZ370 bernilai mencecah RM400,000  hilang di pusat servis Nissan Segambut,mesti kerja orang dalam ni.Bagaimana pun  kereta tersebut telah dilaporkan dijumpai di Johor.

Nissan RZ370 Shaheizy Sam hilang
Kereta jenama Nissan yang hilang itu merupakan hadiah paling tinggi nilainya diterima oleh Bintang Paling Popular dalam sejarah 26 tahun penganjuran anugerah berprestij tersebut.Shaheizy Sam  juga membawa pulang hadiah iringan barangan kemas kesemuanya bernilai mencecah RM370,000. Cemas..=P

SeTeRuSnYa >>

Jaafar Onn Bertemu Jodoh Facebook

Impian dan hasrat murni pelakon dan penyanyi Jaafar Onn berkahwin akan menjadi realiti, Jaafar memberitahu akan berkahwin a.k.a abislah  zaman dudanya sebelum bulan puasa,nak beraye dengan bini baru,tahniah. Selepas menggunakan laman Facebook sebagai medium untuk mencari bakal isteri, Jaafar Onn bertemu kembali dengan rakan lama melalui media sosial popular Facebook. 

Jaafar Onn Bertemu Jodoh Facebook


Jodoh di Facebook hanya satu gimik tetapi kuasa Allah telah menemukan saya kembali dengan wanita yang terputus hubungan sebelum ini,ujar Jaafar .Setelah meluahkan hasrat mencari isteri di Facebook, Jaafar menerima hampir seribu pelawaan daripada wanita yang sudi berkahwin dengannya. Jaafar Onn selesa dengan perwatakan wanita yang berasal dari Ipoh, Perak itu.

SeTeRuSnYa >>

Qi Razali dan Nelydia Senrose Mengaku

Nelydia Senrose Mengaku

Pengacara dan pelakon, Qi Razali mengaku dalam proses mengenali Nelydia Senrose dengan lebih dekat, pelakon utama 'Setia Hujung Nyawa' ini turut mengiakan perkara ini . Nelydia Senrose beritahu selesa berkawan dengan Qi dan telah lama mengenali,agak rapat ketika penggambaran drama 2012.

Qi Razali dan Yuna yunalis Zarai dahulu twitter


Tambah Nelydia Senrose, Qi Razali  suka berbicara mengenai masa depan, menyebabkan dirinya senang berbincang bersama Qi .Nelydia berkata jangan salah tafsir,kami hanya kawan .Dia turut tidak menolak jika ditakdirkan berjodoh dengan Qi,ada hati nie =D
SeTeRuSnYa >>

Gigi Hafiz AF7 dibedah


Penyanyi bersuara lantang dan merdu, En. Hafiz selesai menjalani pembedahan ‘minor’ di klinik yang terletak di Petaling jaya, Selangor 

Gigi Hafiz AF7  dibedah

Pembedahan terpaksa dilakukan kerana merupakan jalan akhir kepada Hafiz yang mengalami masalah dengan gigi gerahamnya buat tempoh yang lama,mesti susah tidur =P. Besar gigi tuh(gambar) Bagaimanapun Hafiz kini perlu berehat sementara menunggu luka pembedahan kembali sembuh.

SeTeRuSnYa >>

Teman Baru Hafiz AF

hafiz adira ombak rindu

Pernah dihubungkan dengan beberapa orang wanita dan gadis setelah hubungan cinta yang terjalin dahulu gagal, penyanyi hangat popular, Hafiz Suip kini mengaku sedang dilamun cinta sekali lagi.Bekas buah hati Adira ini, kekasih hatinya itu bukanlah seorang yang berkecimpung dalam industri hiburan.

Teman Baru Hafiz AF

"Cukuplah sekadar orang ramai tahu yang saya memang sedang bercinta, tetapi saya tidak mahu mendedahkan identiti dirinya kerana merupakan permintaannya."Saya mendedahkan perkara ini kerana tidak mahu terus mengelak daripada pihak media tentang status saya dan mungkin ini ada kebaikannya," tahniah 2 =D
SeTeRuSnYa >>

Fizz Fairuz Putus Tunang


Fizz Fairuz Putus Tunang  -  facebook
Hubungan Fizz Fairuz hanya bertahan seminggu apabila pertunangan lalu diputuskan pada Ahad lalu, tindakan Fizz Fairuz itu diambil setelah mengetahui wanita berkenaan rupa-rupanya sudah bersuami (isteri orang ) dan Fizz  berkata dia benar-benar tertipu dan tidak menyangka akan hal gempar ini 

Pertunangan Fizz secara sembunyi dengan seorang wanita berusia 26 tahun di Kuantan, Pahang mengejutkan banyak pihak kerana dia hangat bercinta dengan pelakon cantik, Almy Nadia, 27 tahun.
fizz fairuz almy nadia
Fizz Fairuz tidak menyangka perkara sebegini berlaku dan kehidupannya seperti ‘diatur’ oleh dia (bekas tunangnya) sejak mereka berkenalan setahun lalu.Fizz Fairuz menyifatkan kemungkinan dia terkena buatan orang.
SeTeRuSnYa >>

Hari kekasih dan budak mentah


Duit saya habis, tak dapat nak  balik rumah, saya terpaksa tidur dengan kakak,” ujar seorang budak mentah mengaku hanya berusia 13 tahun dicekup ketika berdua-duaan bersama seorang gadis yang didakwa saudara kandung di bilik sebuah hotel bajet di ibu negara.Hadoi…percaye jer cerite die
Hari kekasih kena tangkap

Tetapi apabila disoal penguat kuasa, budak mentah berkenaan menukar kenyataan sebeluh ini dengan mengatakan gadis berusia 20 tahun itu adalah teman wanita abangnya dan mereka terpaksa tidur bersama kerana tidak dapat menghubungi keluarga. Menipu lagi..haha
Hari kekasih dan budak mentah 

Pasangan berkenaan antara 10 yang ditahan dalam operasi cegah maksiat sempena hari kekasih lalu dijalankan penguat kuasa Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi) di sekitar ibu kota bermula jam 11 malam semalam sehingga 5 pagi .
SeTeRuSnYa >>

Kristen Stewart Puji Hitrik Roshan

Hitrik Roshan Songs biodata
Kristen Stewart memuji Hitrik Roshan atas filem lakonannya.Pada pendapat Stewart, Hitrik Roshan merupakan pelakon yang hebat.Sementara Hitrik Roshan berasa gembira atas perkhabaran itu dan tidak menyangka mendapat pujian dari aktress heroin terkenal Hollywood

Kristen Stewart Twilight Hot
Hitrik Roshan berkata dia semakin teruja dan bersemangat bagi meningkatkan mutu lakonannya.Hollywood -  Bollywood .Malaysia? ape pula namanya.Hitrik bakal muncul dalam filem terbaru Krissh 3.
SeTeRuSnYa >>

Fazura Mirip Ular Eksotik

Ini bukan cerita mengular ketika kerja atau berlakon. Artis Fazura  mengikuti langkah Amber Chia menyertai aktivis  katakan tidak pada haiwan untuk fesyen. Pelakon jelita Fazura pula bergaya penuh esotik ala ular bertindak sebagai duta baru bagi organisasi PETA Sempena kempen 'Leave Wildlife Out of Your Wardrobe'
Fazura Mirip Ular Eksotik 

Bukan satu rahsia cinta Fazura pada dunia fesyen tetapi Fazura tidak rela akan penyeksaan terhadap ular dan haiwan lain. Moga - moga usaha yang dilakukan oleh Fazura ini memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kesan penggunaan kulit haiwan dalam fesyen.

Fazura seksi ker?  TMJ

SeTeRuSnYa >>

Lady Gaga dan Haruman Fame


Populariti penyanyi kontroversi yang masyhur  dengan lagu 'Born This Way' meletup lagi.Pelantun asal lagu ini iaitu Ms Lady Gaga jelas tidak dapat dinafikan lagi apabila haruman pertama jenama keluarannya, 'Fame'  terjual sebanyak enam juta botol hanya dalam tempoh seminggu di pasaran.Macam box office lah kirenyer nie kalau filem.HO..


Lady Gaga Haruman Fame Laris Wiki 

Tweet pantas dalam akaun Twitternya, Gaga turut memberitahu sambutan yang diterima ini meletakkan 'Fame' antara jenama haruman paling pantas jualannya di dunia mengekori jualan minyak wangi Coco Chanel.Tidak tahu pulak baunya macammana..ader yang pernah bau x?Komen sikit ..macam Coca-Cola pun ader =P
SeTeRuSnYa >>

Black Kahwin Hujung Tahun


Tahniah kepada penyanyi Black yang kini bergelar tunang orang pada bulan lepas,tetapi Black tidak mahu mendedahkan siapa tunangnya kepada umum.Black berkata kemungkinan akan berkahwin pada tahun ini.Wah tidak sabar yer..majlis pertunangan dan tarikh perkahwinan dirahsiakan kerana atas permintaan keluarganya dan keluarga tunangnya.
Black Mentor Kahwin Hujung Tahun

Black bakal memberitahu siapa tunang dan isterinya nya pada hari perkahwinannya nanti.Dia berharap pihak media dan peminat menghormati privasi kehidupan peribadinya. 
SeTeRuSnYa >>

Aaron Aziz dan Wangian Terbaru


Rezekinya ternyata masih murah kepada aktor popular pujaan ramai,Aaron Aziz apabila telah terpilih sebagai duta untuk wangian terbaru daripada  Ubermen,'Be Pozzezzed'.
Aaron Aziz Duta Wangian  wiki

Pemilihan Aaron Aziz sebagai duta wangian ini tentunya bersesuaian dan sepadan dengan imej dan karisma
yang dimiliki oleh pelakon drama bersiri, 'Adam & Hawa' selain mempunyai peminat setia daripada segenap lapisan masyarakat Asia Tenggara umumnya di Malaysia.Aaron juga merupakan duta kepada beberapa produk popular lain seperti Loreal, Drive M7.Untunglah =D
SeTeRuSnYa >>

Jimmy Shanley 2 jam




Artis dan pengacara sensasi Jimmy Shanley mengaku hanya diberi masa bejumpa dan bersama anak perempuan comel, pada 23 Januari lalu Zahra Rania selama dua jam  sahaja.

Jimmy Shanley bersama anak Zahra Rania

Jimmy turut memberitahu kurang selesa dengan kehadiran bekas ibu mertuanya waktu tersebut.Anaknya Zahra Rania kini berusia setahun lapan bulan. Jimmy Shanley berharap dapat bermalam dengan anaknya tetapi hampa kerana kehadiran bekas ibu mertuanya.

Anak Suhaila isteri Jimmy Shanley

Krisis rumah tangga pasangan ini menemui noktah selepas sah bercerai talak satu secara tebus talak (khuluk)
10 Oktober lalu tahun lalu.Aduh,anak pun jadi rebutan...sedih. 
SeTeRuSnYa >>

Dato' Dr Sheikh Muszaphar & Isteri Sambut Anak Kedua


Dato Dr. Sheikh Muszaphar & Isteri kini gembira menyambut Cahaya mata kedua mereka di HUKM .Bayi perempuan itu dilahirkan tiga minggu lebih awal pada lewat petang hari ini.


Dato' Dr Sheikh Muszaphar Angkasawan & Isteri  Datin Dr Halina Sambut Anak Kedua 


Anak pertama mereka di lahirkan pada tahun 2011 lalu bernama Sophea Isabella .Tahniah di ucapkan kepada pasangan ini.Manakala Sophea Isabella dah teruja nak panggil adik.=D Bertambah rezeki dan berkat hendaknya.


Dato Dr Sheikh Muszaphar Shukor bersama Datin Dr Halina di hari perkahwinan

SeTeRuSnYa >>

Budak 7 tahun jumpa bom

Sonny Carter, England, budak berusia 7 tahun menggunakan alat pengesan logam hadiah krismasnya untuk mencari harta karun tetapi terperanjat kerana menjumpai bahan yang pelik , bom dizaman perang dunia kedua!
Budak 7 tahun jumpa bom
Tetapi dia menjumpai bom latihan,nasib baik bukan bom betol.Bahaya benar weh,kalau bom betul mau boleh meletup,bagaimanapun bom itu milik Tentera Udara British dan telah dilupuskan .Memang betul harta karunnya..=p


World war III?

SeTeRuSnYa >>

Kontroversi Zarina Anjoulie dan Sidang Media



Pelakon kontroversi Zarina Anjoulie akhirnya bebas selepas dijamin oleh adik perempuan tirinya selepas dua hari berada dalam Penjara Kajang.Menurut Bernama, Zarina keluar dari bilik lokap kompleks mahkamah Petaling Jaya kira-kira pukul 10 pagi kelihatan tenang, memakai baju-T warna kelabu dan bercermin mata gelap. 

Zarina Anjoulie Zarina ann Julie


Sementara itu, redaksi berita yang  menghubungi  Zarina Anjoulie pelakon drama 'Anak Pontianak' ini sebenarnya  dia akan membuat sidang media khusus untuk memberi penjelasan mengenai kes tersebut.

"Kepada semua wartawan dan "gossiper", bagilah peluang Zarina berehat dulu. InsyaAllah, dalam minggu depan saya akan jelaskan kesemuanya," Katanya ringkas. 

Zarina bersama teman lelakinya, Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi, 27, didakwa di Mahkamah Majistret di sini Rabu kerana memiliki dua biji pil Eramin 5 anggaran seberat 0.6 gram, di kediaman di Damansara Damai, pada tahun lalu.hoiiish~~!!

SeTeRuSnYa >>

Shila Amzah Penyanyi Terbaik Dunia

Gempak sungguh penyanyi Shila Amzah ni,namanya bagaikan di bom - bom ,meletup habis.Kali ini sebagai penyanyi terbaik dunia.Wah banyak betul award Shila Amzah ni , muda tapi femes habis di pentas antarabangsa.Baru sahaja rasanya menang Voice of Asia Awards 2012 - Asian wave .Sekarang dunia pulak? pergh..untunglah


Shila Amzah Asian Wave facebook


Apepun mari  ucapkan tahniah kepada dua penyanyi wanita termasyhur negara, Shila Amzah dan Dato' Siti Nurhaliza yang telah tercalon bagi kategori 'World's Best Female Artist' di World Music Awards yang bakal berlangsung  pada 22 Disember ini di Miami, Florida. 40 artis terkenal antarabangsa tercalon dalam kategori ini dan saingan mereka adalah Adele,Britney Spears,  Beyonce, Christina Aguilera , Lady Gaga, J.Lo dan Madonna..Nama – nama besar tuh,siap ader yang masuk billboard top 10

Shila Amzah terbaik dunia

Semoga dengan pencalonan ini menjadi batu loncatan untuk Shila Amzah dan Dato’ Siti Nurhaliza melebarkan sayap bakat ke peringkat dunia . Syabas!  rakyat Malaysia juga boleh mengundi a.k.a macam AFundi lah di www.worldmusicawards.com =D
SeTeRuSnYa >>

Shila Amzah dibenci dicemuh



Shila Amzah dibenci
Macam biasalah bila dah jadi orang popular,susah tentu ada yang tidak senang dengan kemasyhuran yang digapai.Itu yang terpaksa dihadapi penyanyi popular, Shila amzah. Dalam ramai yang memuji kejayaan demi kejayaan diraih Shila, ada juga yang mencemuh.Lebih dikesali, ada pihak  tertentu yang mewujudkan laman sosial khas untuk membenci dan mengutuk Shila Amzah.
Shila Amzah bertudung Asian Wave Ajl

Mendekati Shila, dia bukan jenis insan yang menitik beratkan kritikan orang lain, apatah lagi yang ingin menjatuhkan. Walau apajua, Shila mempunyai pengikut ramai yang setia dan menyokongnya dalam apa juga situasi.Majulah Artis Malaysia =D


SeTeRuSnYa >>

Fida Ibrahim dan Zalif Sidek Mesra


Zalif dan Fida Ibrahim mengkhabarkan, mereka mula rapat3 bulan yang lalu.Kemesraan  Fida Ibrahim dan pelakon Zalif Sidek bukanlah  rahsia.  Walau tiada penjelasan sebenar mengenai status hubungan mereka berdua,desas desus khabar berbunyi..

zalif sidek bercinta kah?

"Zalif Sidek berkata bahawa dia (Fida Ibrahim) ialah teman wanita yang paling rapat dengannya masa kini.  Jika ada masalah, saya akan berkongsi dengan Fida dan begitu juga sebaliknya.  Saya senang berkawan dengan Fida dan kalau ada jodoh, saya tidak menolak.  Fida juga banyak membantu dan memberi dorongan dalam hal yang berkaitan dengan hidup,”ujarnya lagi.

Fida Ibrahim dan Zalif Sidek


Lain pula, Fida Ibrahim memohon agar perhubungannya dengan Zalif Sidek yang baru bermula tidak disalah erti atau dimodifikasi oleh mana-mana pihak.“Soal hati dan perasaan bukanlah sesuatu yang boleh direka-reka.  Alhamdulillah, saya selesa berkawan dengan Zalif dan sekarang cukup gembira,” ujarnya ringkas.



SeTeRuSnYa >>