Berang Gambar Parti Hari Jadi - Nabila Huda
Oktober
meninggalkan kenangan pahit buat Nabila Huda. Kontroversi baju digayakan pada
malam Anugerah Blockbuster ,kemudian bertebaran pula gosip hubungan cintanya
dengan aktor Johan As'ari sudah berakhir kerana tidak mendapat restu keluarga.
Namun mereka tidak bercinta,hanya berkawan baik
parti hari jadi Nabila Huda |
Sekali
lagi Nabila Huda menjadi perhatian apabila beberapa keping gambar yang
dikatakan menyambut hari 'Halloween' tersebar di Internet.
Parti
dihadiri adalah parti hari jadi yang bertemakan 'costume party' dan tiada kena
mengena langsung dengan Halloween.Nabila Huda mengakui bengang dengan tindakan
sesetengah pihak yang mengambil gambar dari laman sosialnya tanpa keizinan dan
memanipulasi gambar itu dengan kenyataan yang tidak benar .Mereka sepatutnya
bertanya kepada saya terlebih dahulu dan bukan mengambil gambar itu dan buat
andaian sendiri.
Walaupun
bengang, Nabila berkata, dia masih boleh bersabar dan berharap tidak ada pihak
yang cuma menduga tahap kesabarannya itu.Nabila berpesan supaya pihak luar
lebih bertanggung jawab dalam penulisan dan tidak melulu dalam menyampaikan
khabar.