Raja Farah akan tinggal dunia lakonan



Pelakon cantik, Rajah Farah atau nama sebenar Raja Farah Binti Raja Aziz, 25, mengaku sangat gembira berniaga tudung dan kedai Snogurt di Metropint Complex, Kajang. Akan tetapi,Raja Farah menafikan khabar bahawa dia akan meninggalkan dunia lakonan.

Raja Farah tinggalkan lakonan
Banyak syarat  perlu dipertimbangkan dengan status sudah bergelar isteri. Apa saya lakukan wajib ada persetujuan dari suami dan disebabkan itu saya tidak mahu menyusahkan pihak produksi dan terpaksa menolak beberapa tawaran berlakon.Suami lebih mengalakkan Farah berniaga, pada mulanya Farah ingin juga berlakon selepas mendirikan rumah tangga tetapi bila melihat situasi dan memikirkan suami Farah jadi serba salah dan baru tahu mengapa suami tidak galakkan Fara untuk terus dengan bidang lakonan." 
Raja Farah kahwin terkini

Kesibukan mengurus perniagaan antara faktor lain dia terpaksa menolak tawaran berlakon."Farah buat masa ini tengah seronok berniaga. Biarlah fokus dengan perniagaan ini dahulu,Raja Farah bakal menjadi pengacaran bagi salah sebuah rancangan 'Travel log' yang akan disiarkan Astro Oasis untuk musim ke 9 dan 10 bersama Aktal Sahari.


SeTeRuSnYa >>

Dr Khir Toyo kekal dipenjara 12 bulan


Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 23 Dis 2011 lalu memerintahkan agar Dr Khir Toyo dilucutkan hak ke atas tanah yang dimiliki di Shah Alam dan diserah terus kepada kerajaan.Mahkamah Rayuan pada hari ini  mengekalkan hukuman penjara 12 bulan terhadap bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo kerana diri dan isteri suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7, Shah Alam

Dr Khir Toyo kekal dipenjara 12 bulan

Tiga panel hakim membacakan penghakiman selama hampir dua jam berkata panel tiga hakim yang turut dianggotai Datuk Aziah Ali telah sebulat suara bahawa tiada sebab untuk mahkamah rayuan mengganggu dapatan fakta serta penyabitan yang dibuat oleh hakim mahkamah tinggi pada 23 Dis, 2011.

Setelah meneliti semua rekod rayuan, serta hujah dari kedua-dua pihak, hakim - hakim  perbicaran telah membuat keputusan yang tepat dan tidak terkhilaf dalam menyabitkan Dr Mohamad Khir dengan pertuduhan tersebut.!!
SeTeRuSnYa >>

Eina Azman Saman ibu Afiq Muiz?


Artis muda, Eina Azman mahu meneruskan niatnya menyaman ibu 'kekasihnya', aktor Afiq Muiz.Ibu Afiq, Hasliza Mohamad tidak memohon maaf atas tohmahan dilemparkan.Eina berkata, "Saya serahkan kes saman ini kepada keluarga. Tunggu saja apa yang akan berlaku .
Eina Azman Saman ibu Afiq Muiz?

Ahli keluarga ibunya turut menyerang di Twitter. Saya tidak akan meminta maaf kerana tiada sebab. Ibu Afiq yang memburukkan dan mengaibkan saya, bukannya saya. Saya berani bercakap begini sebab saya ada bukti sahih.
Afiq Muiz dan Eina Azman

Kontroversi Afiq Muiz dan ibunya menjadi perhatian umum selepas ibunya,Hasliza mendedahkan anaknya itu mula lupa diri selepas menjalin hubungan dengan seorang aktres yang didakwa adalah Eina Azman.
SeTeRuSnYa >>

Imunisasi wajib bagi anak anda

Selain memberi perhatian kepada pemakanan dan penjagaan kesihatan, imunisasi merupakan  cara utama untuk mencegah penyakit.  Semua imunisasi kini wajib diberi kepada semua bayi dan kanak-kanak. Para ibu,sila ambil perhatian

Imunisasi wajib 


BCG Mengandungi cecair M. Bovis hidup yang sudah dilemahkan. Imunisasi ini tidak menghalang jangkitan Tuberkulosis (TB) tetapi mengurangkan risiko terjadinya TB berat seperti TB meningitis dan TB miliari.

Hepatitis B Vaksin kombinasi HepB dan DTP yang berdasarkan hasil penelitian Biofarma, dapat memberikan reaksi  antibodi yang lebih baik berbanding jika diberikan secara berasingan.

Polio. Polio boleh mengakibatkan  lumpuh dan sukar bernafas.  Ada dua jenis vaksin polio iaitu vaksin polio tak aktif (IPV), yang mengandungi virus polio yang dimatikan dan ia diberikan dalam bentuk suntikan.  Jenis kedua ialah vaksin polio oral (OPV) yang mengandungi virus hidup yang dilemahkan.

DPT Ada vaksin DTaP (Difteria, Tetanus, aselular Pertusis) atau yang dikenali sebagai vaksin DTP yang tidak mencetuskan demam. Walaupun reaksi selepas imunisasi DTaP baik setempat mahu pun sistemik adalah lebih rendah berbanding selepas DTP biasa, vaksin itu masih boleh menimbulkan reaksi demam dan bengkak seperti vaksin jenis lain.

Campak Jika demam campak menjangkiti kanak-kanak terutamanya yang berusia di bawah lima tahun, ia boleh mengakibatkan kematian.

HIB Ada vaksin kombinasi DTP dan HIB dengan daya keimunogenan yang kekal tinggi tanpa mempengaruhi kesan imun sesama sendiri.

PCV Bayi berisiko tinggi mengalami pengkolonian pneumokokus, bayi yang mengalami jangkitan saluran nafas atas, sering menghidu asap rokok, bayi yang tidak menyusu badan dan bayi yang tinggal di negara empat musim (pada musim sejuk).

ROTAVIRUS Di Indonesia, 28% kematian bayi adalah disebabkan oleh cirit-birit.  Untuk masalah itu, ada vaksin monovalen (Rotarix) dan pentavalen (Rotareq).

INFLUENZA IDAI mengesyorkan agar imunisasi influenza diberikan kepada:
-     Kanak-kanak sihat yang berusia 6 bulan hingga 2 tahun.
-     Kanak-kanak yang menghidap penyakit jantung kronik, asma, diabetes, penyakit buah pinggang kronik dan HIV.
-    Kanak-kanak yang tinggal di tempat seperti asrama, rumah anak yatim atau sekolah pondok.
-    Orang yang boleh menularkan virus flu kepada orang yang berisiko tinggi seperti pengasuh anak dan petugas kesihatan.

VARISELA Tidak boleh diberikan kepada kanak-kanak yang sedang demam teruk, kekurangan limfosit atau sel darah putih, yang alah kepada neomisin dan kekurangan sel imun.

MMR Imunisasi MMR tetap diberikan walaupun kanak-kanak pernah menghidap demam campak, beguk atau rubela. Tidak ada kesan imunisasi yang berlaku terhadap kanak-kanak yang pernah mendapat perlindungan daripada satu atau lebih daripada ketiga-tiga penyakit tersebut. Imunisasi ini juga tiada kaitan dengan autisme.

TIFOID Tifoid merupkan  akut disebab oleh bakteria salmonella typhi. Bakteria ini sering dijumpai di dalam air dan persekitaran tempat tinggal yang tidak dijaga kebersihannya.

HEP A Hepatitis A adalah penyakit radang hati yang sering menyerang kanak-kanak.

HPV Imunisasi  boleh diberikan kepada pesakit sejak usianya 10 tahun. Jika vaksin HPV bivalen digunakan maka sejumlah tiga dos akan diberikan kepada pesakit. Dos kedua diberikan sebulan selepas dos pertama, sementara dos ketiga diberikan lima bulan kemudian. Vaksin HPV tetravalen juga diberikan sebanyak tiga dos.  Dos kedua diberikan dua bulan selepas dos pertama dan dos ketiga pula diberikan empat bulan kemudian.

Sebelum vaksin diperoleh, doktor perlu memberi penjelasan tentang bahaya penyakit, manfaat imunisasi serta kesan yang mungkin timbul setelah suntikan vaksin diberikan.

Perlu diingat, ibu bapa harus memaklumkan kepada doktor mengenai hal yang berkaitan kontraindikasi (penggunaan ubat tertentu yang memudaratkan pesakit) yang mungkin pernah berlaku sebelum imunisasi diberikan termasuklah sejarah penyakit anak, alahan terhadap neomisin, sejarah imunisasi sebelumnya dan rawatan yang sedang dilakukan. Perkara ini berguna bagi menjangka reaksi tubuh kanak-kanak selepas diberikan imunisasi. SELAMAT!!
SeTeRuSnYa >>

Marsha artis buang keluarga



Pelakon dan penyanyi akademi fantasia, Marsha Milan Londoh menidakkan gossip hangat kononnya dia membuang keluarga kerana dia menukar namanya daripada Marsha Milan Londoh ke Marsha Milan.

marsha milan londoh seksi


Marsha membuat keputusan untuk menggunakan nama baru lebih komersial itu kerana tidak mahu sesetengah pihak ralat menyebut namanya "Jika ada orang kata saya buang keluarga, itu salah. Milan itu nama bapa saya. Londoh adalah nama keluarga turun-temurun. Jadi siapa kata saya buang keluarga? Semuanya bermula bila saya menjadi hos program "Propaganza".
SeTeRuSnYa >>

Sazzy Falak ke New York

"SF by Sazzy Falak" jenama pakaian baru yang akan ke New York, Amerika Syarikat.Pengacara dan pelakon jelita ini tidak menyangka pakaian jenamanya akan diperaga pada "Plitz New York Fashion Week".Sazzy Falak memberitahu tema batik bagi koleksi pakaiannya bertemakan fesyen jalanan.

SF by Sazzy Falak


Minat kepada fesyen membuat Sazzy menceburkan diri dalam dunia fesyen dan menghasilkan pakaian jenamanya sendiri, jenamanya merupakan wakil tunggal dari Asia .Bangga!


SeTeRuSnYa >>

Lelaki Mati Tiba - tiba Akibat Curi Kereta


Si Lelaki pencuri jatuh rebah dan mati, Lelaki pencuri itu berlari sejauh 100 meter semasa meninggalkan kereta curi itu  menyedari terdapat seorang kanak-kanak di dalam kereta. Kejadian 7 pagi , suspek itu melarikan sebuah kereta yang ditinggalkan seketika dalam keadaan enjin masih "hidup" oleh seorang wanita ketika dua anak perempuannya masing-masing berumur empat tahun dan empat bulan di sebuah pusat asuhan di Taman Melati.
Lelaki Curi Kereta

Suspek turut membawa bersama sebuah beg duit dipercayai beg yang dicuri dari kenderaan itu.Kejadian berlaku di Wangsa Maju,Kuala Lumpur.
Suspek mempunyai beberapa rekod jenayah termasuk dadah.
SeTeRuSnYa >>

Minyak wangi termahal Chanel


Sebotol minyak wangi terbaru Chanel berharga lebih dari RM12,000?Wow mahalnyer,apa yang istimewa sangat..?minyak wangi terbaru edisi terhad yang diberi nama Grand Extrait. Harga runcitnya £2732.24 (RM12,521.76), minyak wangi tersebut merupakan minyak wangi Chanel yang termahal. 

Chanel Grand Extrait


Tetapi  formula dan campuran yang digunakan bagi haruman tersebut sebenarnya tidaklah jauh ralat daripada minyak wangi di kedai bebas cukai dengan harga RM300. Menurut sumber pengeluar haruman, Grand Extrait lebih mahal adalah botolnya yang diperbuat daripada kaca yang diukir dengan penuh teliti. Gila..!
SeTeRuSnYa >>

Sharifah Sakinah muat naik video unsur tidak sopan


Pelakon setahun jagung Sharifah Sakinah mencetuskan kontroversi hangat selepas memuat naik video berunsur tidak sopan di laman video sosial Keek.Dia kemudiannya memohon maaf atas perbuatan itu. Sharifah Sakinah tidak menyangka niat bergurau memakan diri sendiri apabila di kritik hebat peminat dan masyarakat Malaysia

Gambar Sharifah Sakinah tidak sopan?

"Video itu sekadar mengusik. Saya tak sangka ia jadi besar begini. Di mata saya dan beberapa pelakon yang bersama ketika rakaman dibuat tidak menganggap ia isu besar. Lalu saya tak berfikir banyak kali ketika memuat naik rakaman itu di Youtube juga ada?
"Saya mengaku bersalah menyebut tentang pakaian dalam. Saya fikir semua hal membabitkan agama, politik atau yang berkaitan dengan kehormatan diri amat sensitif. Saya dengan rendah diri memohon maaf atas kesilapan ini," jelas adik kepada pelakon dan pengacara Sharifah Shahirah ini.
SeTeRuSnYa >>

Saiful Bukhari bakal berkahwin dengan personaliti TV3

Saiful Bukhari Azlan akhirnya bertemu jodoh dan akan melangsungkan perkahwinan pada 25 Mei 2013,hari sabtu.Saiful Bukhari akan berkahwin dengan  personaliti yang pernah bertugas di jabatan  jenayah dan politik TV3, Nik Suryani Megat Deraman.

Nik Suryani Megat Deraman
Menurut sumber TV3,Saiful Bukhari sendiri menegur dan berkenalan dengan Nik Suryani di sebuah restoran dan ketika kes itu selesai.Majlis bakal berlangsung di kampung Nik Suryani negeri Terengganu.Tiada komen lanjut dari pihak Nik Suryani.Tahniah2

Saiful Bukhari Azlan kahwin Nik suryani megat deraman

SeTeRuSnYa >>