Black 505 tetap diteruskan walau Agong bertitah sebaliknya
Himpunan 505 terhadap keputusan Pilihan Raya 2013 tetap diteruskan demi menunjukkan rasa tidak
puas hati rakyat kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan bukan bertujuan
menderhaka kepada titah Yang di-Pertuan Agong, kata PKR. “Jadi tujuan kita
berkumpul ialah untuk menyatakan rasa tidak puas hati kita terhadap tindakan
SPR, tidak ada niat untuk mempertikaikan pandangan Tuanku.
Setiap kali tamat himpunan 505 mereka akan nyanyikan
lagu Negaraku ,menunjukkan taat setia kepada Tuanku,” kata Johari kepada The
Malaysian Insider merujuk
kepada lagu Kebangsaan.Himpunan terus dilaksanakan sehingga pengerusi dan
timbalan SPR yang dilantik Agong meletak jawatan.Tuanku Abdul Halim yang
melahirkan rasa sukacita kerana proses pilihan raya umum lepas berjalan dengan
tertib dan harmonis bagaimanapun turut mengulangi gesaannya agar semua pihak
menerima keputusan yang telah dibuat rakyat iaitu melalui peti undi yang
selaras dengan prinsip keluhuran dan kedaulatan undang-undang.
“Jika terdapat sebarang perbezaan atau ketidakpuasan hati, maka gunakanlah mekanisme mahkamah yang sedia ada, sepertimana diperuntukan Perlembagaan dan undang-undang negara.Politik oh politik..ini semua wang,kuasa,kedudukan..dunia
Black 505 |
Black 505 tetap diteruskan |
“Jika terdapat sebarang perbezaan atau ketidakpuasan hati, maka gunakanlah mekanisme mahkamah yang sedia ada, sepertimana diperuntukan Perlembagaan dan undang-undang negara.Politik oh politik..ini semua wang,kuasa,kedudukan..dunia