Yusry tidak pernah berlakon
Bercerita tentang kehidupan selepas perkahwinan dengan
Yusry,Lisa Surihani memberitahu dia sangat gembira dengan kehidupannya
sekarang,Yusry adalah dirinya sewaktu dia mengenali sebelum alam
perkahwinan,dia tidak pernah menyembunyikan apa - apa atau berlakon
menyembunyikan tabiat buruk.
Lisa Surihani berkata jika punya masa terluang, mereka akan
mengisi kualiti masa bersama seperti bersarapan atau makan malam sebelum sibuk menjalani
rutin harian masing-masing.Semuanya berjalan seperti sedia kala.
Setakat hari ini, Yusry masih orang yang sama saya kenali
sewaktu bercinta dulu. Walaupun dia nampak seperti seorang yang serius, tapi
sebenarnya dia sangat kelakar. Dia juga sangat pembersih, tertib.pelakon yang
pernah memenangi anugerah Aktres Terbaik dalam Festival Filem Malaysia ke-23
(FFM23) itu kini memberitahu dia sedang sibuk di lokasi penggambaran filem
seram pertamanya, Dendam Orang Mati.
Lisa Surihani membawa
watak Lena, seorang wanita yang baru tersedar dari koma namun menghidap
amnesia dan telah diburu oleh misteri 'hantu', Lisa menyifatkan karakter
tersebut sebagai salah satu karakter paling mencabar yang pernah digalas
olehnya.
1 comments:
Yusri n Lisa :)
Post a Comment