Eja a.k.a 'Tun Siti Hasmah'

Eja dan anaknya 

Watak Tun Siti Hasmah untuk teater arahan Erma Fatima bakal bertukar lagi,sebelum ini Erra Fazira dan Datin Sofea Jane, desas terbaru watak tersebut bakal digalas oleh aktres hebat, Eja."Memang betul saya dipilih untuk membawakan watak Tun Siti Hasmah,saya sudah menjalani latihan sejak awal oktober lalu. Saya menerima peluang yang diberikan oleh Umie Aida bukan atas faktor rakan semata-mata, sebaliknya lebih kepada kemajuan kerjaya sendiri.

Saya letakkan diri seperti kanak-kanak kecil memandangkan teater yang pertama bagi dirinya jadi pelbagai aspek perlu dipelajari."Dalam usia 40 tahun, berlakon teater adalah yang cukup besar buat diri saya. Sebelum ini ada juga tawaran yang diberikan, namun saya menolak dengan baik. Kini, sudah tiba waktu untuk saya cabar diri sendiri dan bersedia menerima segala kritikan dan teguran ."

Eja Tun Siti Hasmah
Eja tetap optimis dan yakin itu semua adalah rezeki daripada-Nya.Semuanya berbalik kepada ketentuan dan rezeki daripada Allah. Selebihnya, saya perlu berusaha dan tawakal, memberikan komitmen yang tinggi."Tentu sahaja, mana-mana pelakon tidak mahu dibandingkan dengan sesiapa. Saya percaya setiap pelakon ada kelebihan dan kekuatan sendiri. Jadi, doakan yang terbaik buat saya dan seluruh tenaga kerja teater ini nanti," tambah Eja yang mengakui gugup untuk beraksi di khalayak.

0 comments:

Post a Comment