Qi Razali dan Nelydia Senrose Mengaku

Nelydia Senrose Mengaku

Pengacara dan pelakon, Qi Razali mengaku dalam proses mengenali Nelydia Senrose dengan lebih dekat, pelakon utama 'Setia Hujung Nyawa' ini turut mengiakan perkara ini . Nelydia Senrose beritahu selesa berkawan dengan Qi dan telah lama mengenali,agak rapat ketika penggambaran drama 2012.

Qi Razali dan Yuna yunalis Zarai dahulu twitter


Tambah Nelydia Senrose, Qi Razali  suka berbicara mengenai masa depan, menyebabkan dirinya senang berbincang bersama Qi .Nelydia berkata jangan salah tafsir,kami hanya kawan .Dia turut tidak menolak jika ditakdirkan berjodoh dengan Qi,ada hati nie =D
SeTeRuSnYa >>

Gigi Hafiz AF7 dibedah


Penyanyi bersuara lantang dan merdu, En. Hafiz selesai menjalani pembedahan ‘minor’ di klinik yang terletak di Petaling jaya, Selangor 

Gigi Hafiz AF7  dibedah

Pembedahan terpaksa dilakukan kerana merupakan jalan akhir kepada Hafiz yang mengalami masalah dengan gigi gerahamnya buat tempoh yang lama,mesti susah tidur =P. Besar gigi tuh(gambar) Bagaimanapun Hafiz kini perlu berehat sementara menunggu luka pembedahan kembali sembuh.

SeTeRuSnYa >>

Teman Baru Hafiz AF

hafiz adira ombak rindu

Pernah dihubungkan dengan beberapa orang wanita dan gadis setelah hubungan cinta yang terjalin dahulu gagal, penyanyi hangat popular, Hafiz Suip kini mengaku sedang dilamun cinta sekali lagi.Bekas buah hati Adira ini, kekasih hatinya itu bukanlah seorang yang berkecimpung dalam industri hiburan.

Teman Baru Hafiz AF

"Cukuplah sekadar orang ramai tahu yang saya memang sedang bercinta, tetapi saya tidak mahu mendedahkan identiti dirinya kerana merupakan permintaannya."Saya mendedahkan perkara ini kerana tidak mahu terus mengelak daripada pihak media tentang status saya dan mungkin ini ada kebaikannya," tahniah 2 =D
SeTeRuSnYa >>

Fizz Fairuz Putus Tunang


Fizz Fairuz Putus Tunang  -  facebook
Hubungan Fizz Fairuz hanya bertahan seminggu apabila pertunangan lalu diputuskan pada Ahad lalu, tindakan Fizz Fairuz itu diambil setelah mengetahui wanita berkenaan rupa-rupanya sudah bersuami (isteri orang ) dan Fizz  berkata dia benar-benar tertipu dan tidak menyangka akan hal gempar ini 

Pertunangan Fizz secara sembunyi dengan seorang wanita berusia 26 tahun di Kuantan, Pahang mengejutkan banyak pihak kerana dia hangat bercinta dengan pelakon cantik, Almy Nadia, 27 tahun.
fizz fairuz almy nadia
Fizz Fairuz tidak menyangka perkara sebegini berlaku dan kehidupannya seperti ‘diatur’ oleh dia (bekas tunangnya) sejak mereka berkenalan setahun lalu.Fizz Fairuz menyifatkan kemungkinan dia terkena buatan orang.
SeTeRuSnYa >>

Hari kekasih dan budak mentah


Duit saya habis, tak dapat nak  balik rumah, saya terpaksa tidur dengan kakak,” ujar seorang budak mentah mengaku hanya berusia 13 tahun dicekup ketika berdua-duaan bersama seorang gadis yang didakwa saudara kandung di bilik sebuah hotel bajet di ibu negara.Hadoi…percaye jer cerite die
Hari kekasih kena tangkap

Tetapi apabila disoal penguat kuasa, budak mentah berkenaan menukar kenyataan sebeluh ini dengan mengatakan gadis berusia 20 tahun itu adalah teman wanita abangnya dan mereka terpaksa tidur bersama kerana tidak dapat menghubungi keluarga. Menipu lagi..haha
Hari kekasih dan budak mentah 

Pasangan berkenaan antara 10 yang ditahan dalam operasi cegah maksiat sempena hari kekasih lalu dijalankan penguat kuasa Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi) di sekitar ibu kota bermula jam 11 malam semalam sehingga 5 pagi .
SeTeRuSnYa >>

Kristen Stewart Puji Hitrik Roshan

Hitrik Roshan Songs biodata
Kristen Stewart memuji Hitrik Roshan atas filem lakonannya.Pada pendapat Stewart, Hitrik Roshan merupakan pelakon yang hebat.Sementara Hitrik Roshan berasa gembira atas perkhabaran itu dan tidak menyangka mendapat pujian dari aktress heroin terkenal Hollywood

Kristen Stewart Twilight Hot
Hitrik Roshan berkata dia semakin teruja dan bersemangat bagi meningkatkan mutu lakonannya.Hollywood -  Bollywood .Malaysia? ape pula namanya.Hitrik bakal muncul dalam filem terbaru Krissh 3.
SeTeRuSnYa >>

Fazura Mirip Ular Eksotik

Ini bukan cerita mengular ketika kerja atau berlakon. Artis Fazura  mengikuti langkah Amber Chia menyertai aktivis  katakan tidak pada haiwan untuk fesyen. Pelakon jelita Fazura pula bergaya penuh esotik ala ular bertindak sebagai duta baru bagi organisasi PETA Sempena kempen 'Leave Wildlife Out of Your Wardrobe'
Fazura Mirip Ular Eksotik 

Bukan satu rahsia cinta Fazura pada dunia fesyen tetapi Fazura tidak rela akan penyeksaan terhadap ular dan haiwan lain. Moga - moga usaha yang dilakukan oleh Fazura ini memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kesan penggunaan kulit haiwan dalam fesyen.

Fazura seksi ker?  TMJ

SeTeRuSnYa >>

Lady Gaga dan Haruman Fame


Populariti penyanyi kontroversi yang masyhur  dengan lagu 'Born This Way' meletup lagi.Pelantun asal lagu ini iaitu Ms Lady Gaga jelas tidak dapat dinafikan lagi apabila haruman pertama jenama keluarannya, 'Fame'  terjual sebanyak enam juta botol hanya dalam tempoh seminggu di pasaran.Macam box office lah kirenyer nie kalau filem.HO..


Lady Gaga Haruman Fame Laris Wiki 

Tweet pantas dalam akaun Twitternya, Gaga turut memberitahu sambutan yang diterima ini meletakkan 'Fame' antara jenama haruman paling pantas jualannya di dunia mengekori jualan minyak wangi Coco Chanel.Tidak tahu pulak baunya macammana..ader yang pernah bau x?Komen sikit ..macam Coca-Cola pun ader =P
SeTeRuSnYa >>

Black Kahwin Hujung Tahun


Tahniah kepada penyanyi Black yang kini bergelar tunang orang pada bulan lepas,tetapi Black tidak mahu mendedahkan siapa tunangnya kepada umum.Black berkata kemungkinan akan berkahwin pada tahun ini.Wah tidak sabar yer..majlis pertunangan dan tarikh perkahwinan dirahsiakan kerana atas permintaan keluarganya dan keluarga tunangnya.
Black Mentor Kahwin Hujung Tahun

Black bakal memberitahu siapa tunang dan isterinya nya pada hari perkahwinannya nanti.Dia berharap pihak media dan peminat menghormati privasi kehidupan peribadinya. 
SeTeRuSnYa >>

Aaron Aziz dan Wangian Terbaru


Rezekinya ternyata masih murah kepada aktor popular pujaan ramai,Aaron Aziz apabila telah terpilih sebagai duta untuk wangian terbaru daripada  Ubermen,'Be Pozzezzed'.
Aaron Aziz Duta Wangian  wiki

Pemilihan Aaron Aziz sebagai duta wangian ini tentunya bersesuaian dan sepadan dengan imej dan karisma
yang dimiliki oleh pelakon drama bersiri, 'Adam & Hawa' selain mempunyai peminat setia daripada segenap lapisan masyarakat Asia Tenggara umumnya di Malaysia.Aaron juga merupakan duta kepada beberapa produk popular lain seperti Loreal, Drive M7.Untunglah =D
SeTeRuSnYa >>

Jimmy Shanley 2 jam




Artis dan pengacara sensasi Jimmy Shanley mengaku hanya diberi masa bejumpa dan bersama anak perempuan comel, pada 23 Januari lalu Zahra Rania selama dua jam  sahaja.

Jimmy Shanley bersama anak Zahra Rania

Jimmy turut memberitahu kurang selesa dengan kehadiran bekas ibu mertuanya waktu tersebut.Anaknya Zahra Rania kini berusia setahun lapan bulan. Jimmy Shanley berharap dapat bermalam dengan anaknya tetapi hampa kerana kehadiran bekas ibu mertuanya.

Anak Suhaila isteri Jimmy Shanley

Krisis rumah tangga pasangan ini menemui noktah selepas sah bercerai talak satu secara tebus talak (khuluk)
10 Oktober lalu tahun lalu.Aduh,anak pun jadi rebutan...sedih. 
SeTeRuSnYa >>