Berang Gambar Parti Hari Jadi - Nabila Huda


Oktober meninggalkan kenangan pahit buat Nabila Huda. Kontroversi baju digayakan pada malam Anugerah Blockbuster ,kemudian bertebaran pula gosip hubungan cintanya dengan aktor Johan As'ari sudah berakhir kerana tidak mendapat restu keluarga. Namun mereka tidak bercinta,hanya berkawan baik

parti hari jadi Nabila Huda


Sekali lagi Nabila Huda menjadi perhatian apabila beberapa keping gambar yang dikatakan menyambut hari 'Halloween' tersebar di Internet.

Parti dihadiri adalah parti hari jadi yang bertemakan 'costume party' dan tiada kena mengena langsung dengan Halloween.Nabila Huda mengakui bengang dengan tindakan sesetengah pihak yang mengambil gambar dari laman sosialnya tanpa keizinan dan memanipulasi gambar itu dengan kenyataan yang tidak benar .Mereka sepatutnya bertanya kepada saya terlebih dahulu dan bukan mengambil gambar itu dan buat andaian sendiri.

Walaupun bengang, Nabila berkata, dia masih boleh bersabar dan berharap tidak ada pihak yang cuma menduga tahap kesabarannya itu.Nabila berpesan supaya pihak luar lebih bertanggung jawab dalam penulisan dan tidak melulu dalam menyampaikan khabar.
SeTeRuSnYa >>

Album Rihanna terbaru Unapologetic


Rihanna songs and lyrics
Penyanyi popular Rihanna bakal mengeluarkan album terbaru diberi judul, 'Unapolegetic', Album terbaru ini  agak mahal juga lah kerana 'deluxe edition' ini dijual dengan harga RM763 (USD250).Itupun di Amerika,belum masuk Malaysia lagi,boleh cecah seribu ringgit juga =p
Rihanna dan beyonce

Peminat tegar Rihanna tentunya akan nenyambar album ini walaupun nilai yang dibayar agak "hensem juga" kerana pakej ini, pembeli akan dihadiahkan 10 barangan ciptaan khas seperti :

1) Cakera padat 'Unapologetic'
2) T-shirt
3) 'Pendrive' terdapat gambar-gambar eksklusif Rihanna
4) Tujuh hasil seni lithografi
5) Tujuh pelekat laptop
6) Poster ekslusif album Rihanna 
7) 40 muka surat nota dan lirik lagu
8) 20 minit DVD dan album 'remix' dalam bentuk vinyl
9) Nota tulisan tangan rihanna
10) Gambar ekslusif rihanna dalam bentuk 3D

Rihanna yang terkenal dengan lagu berjudul 'Diamonds' berpesan kepada peminatnya "beli jangan tak beli"
SeTeRuSnYa >>

Aaron Aziz dalam wad Hospital


Pelakon hemsem pujaan khalayak, Aaron Aziz dimasukkan dalam wad kerana demam teruk dikhabarkan telah keluar dari hospital, pada hari Ahad lepas.Berita terkini ini dikongsi oleh isteri Aaron Aziz, Diyana Halik melalui tweet di Twitter miliknya.
Aaron Aziz dalam wad Hospital
Menurut isteri Aaron,Diyana Khalik, pelakon popular itu 'berkeras' mahu keluar dari hospital dan keadaannya dikhabarkan semakin pulih.
Aaron Aziz dan Isteri
Diyana yang juga pengurus Aaron juga memberitahu bahawa Aaron sudah tidak sabar untuk kembali ke  sesi penggambaran 'Fear Factor Selebriti Malaysia' yang dijalankan di Cape Town, Afrika Selatan.
Semoga sihat selalu ..=D
SeTeRuSnYa >>

Rihanna youtube, Chris bakal berkahwin?

Rihanna youtube you da one

Hubungan teman tapi bukan teman antara Rihanna dan Chris Brown sudah kelihatan baik apabila mereka sering dilihat bersama.Ada sumber tidak rasmi mengatakan mereka  sudah bersedia untuk mengumumkan hubungan mereka pada majlis pelancaran album terbaru Rihanna, pada 19 November 2012

Chris brown dan Rihanna berkahwin

Desas desus pasangan ini juga bakal mengakhiri hubungan mereka dengan perkahwinan."Sejak akhir-akhir ini Rihanna selalu menghabiskan masa distudio dan berbicara mengenai Chris Brown.
"Chris juga mengaku telah memutuskan hubungan bersama kekasih terkini , Karrueche Tran kerana mahu kembali bersama Rihanna."Mereka sangat serius dan mungkin berkeputusan untuk berkahwin," ait? kejap ok kejap tidak =P
SeTeRuSnYa >>

Scha Dituduh Mencuri pulak..



Heroin filem 'Awan Dania The Movie'  tampil memberi kenyataan kepada media atas tuduhan yang dilemparkan kepada Scha Al Yahya bahawa dirinya adalah individu yang mencuri pakaian bernilai RM2,000 di sebuah gedung pakaian terkenal,
Scha Al Yahya Pening

"Saya pening sebenarnya. Ada yang mengatakan saya yang mencuri pakaian jenama itu dan ada yang kata Awal yang buat. "Walaupun saya tahu untuk orang mempercayai penjelasan saya sangat sedikit, tetapi saya mahu katakan bahawa saya tidak melakukan perkara terkutuk itu, tidak mungkin.
Scha al Yahya dan Awal Ashaari

"Perkara ini benar-benar membuatkan Scha tertekan kerana namanya sudah tercalar , Scha berjumpa dengan pengurusan gedung pakaian itu dan meminta pihak terbabit untuk membuat satu kenyataan khas bagi menjelaskan situasi sebenar.Pihak itu enggan membuat sebarang penjelasan secara formal kerana menganggap tiada sebab kukuh untuk mereka berbuat demikian.Pening kepala jugak kalau media punya kuasa lagi kuat~~ =P
SeTeRuSnYa >>

Lelaki 2 tahun maut Terhempap


Seorang budak lelaki berusia dua tahun mati mengejut terhempap televisyen di rumahnya di Jalan Saujana 1, Taman Ampang Saujana di Ampang , Selangor. Semasa saat kejadian, emak mangsa, Nor Azlin Mohd Ali, 31, terdengar bunyi benda jatuh yang kuat.
Budak Terhempap 

Insiden pada 1.50 petang itu berlaku ketika Halif Hariz Khairil Anuar menarik  laci rak televisyen di bilik tidur, yang mengakibatkan televisyen di atasnya condong ke depan dan menghempap  mangsa.Mangsa ,  Halif Hariz mengalami kecederaan teruk dikepala dan meninggal dunia ketika dibawa ke Hospital Ampang.Sadis ~!! awasi anak anda selalu
Halif Hariz Khairil Anuar mangsa


SeTeRuSnYa >>

Operasi Rempit - Ibu dan anak ditahan



Operasi rempit

Ibu dan anak perempuan berusia 17 tahun merupakan pesalah -  pesalah trafik yang ditahan dalam operasi mencegah MatRempit oleh Unit Khas Pasukan Trafik Ibu Pejabat Polis Bukit Aman sekitar Padang Midin ,Kuala Terengganu
Ibu dan anak perempuan merempit?

Wanita berusia 36 tahun itu mendakwa kedua-dua mereka dalam perjalanan ke rumah keluarga angkat di sekitar kawasan itu ditahan atas kesalahan tidak memiliki lesen memandu. Ho ingatkan bole lepas, mak orang pon di tahannya..=p

SeTeRuSnYa >>

Artis dulu lagi berani - Nabila Huda


Nabila Huda tampil memohon maaf jika tindakannya menyinggung mana-mana pihak setelah kontroversi gaun hitam seksi yang dipakai pada majlis Anugerah Blokbuster .Komen Nabila,“Saya tidak faham kenapa benda ini boleh jadi isu kerana jika hendak dibandingkan dengan artis zaman dulu, penampilan mereka adalah lebih berani daripada saya.
Nabila huda seksi?

Nabila tidak mahu panjangkan tersebat dan memohon minta maaf secara terbuka kepada semua pihak yang tersinggung dengan penampilannya pada majlis anugerah.Nabila juga tidak mahu memberi sebarang komen lagi mengenai perkara itu.Terdapat komen rawak, sekarangkan ramai yang berilmu...mengapa mahu samakan dengan yang dahulu.Hangat~~!
SeTeRuSnYa >>

Eja a.k.a 'Tun Siti Hasmah'

Eja dan anaknya 

Watak Tun Siti Hasmah untuk teater arahan Erma Fatima bakal bertukar lagi,sebelum ini Erra Fazira dan Datin Sofea Jane, desas terbaru watak tersebut bakal digalas oleh aktres hebat, Eja."Memang betul saya dipilih untuk membawakan watak Tun Siti Hasmah,saya sudah menjalani latihan sejak awal oktober lalu. Saya menerima peluang yang diberikan oleh Umie Aida bukan atas faktor rakan semata-mata, sebaliknya lebih kepada kemajuan kerjaya sendiri.

Saya letakkan diri seperti kanak-kanak kecil memandangkan teater yang pertama bagi dirinya jadi pelbagai aspek perlu dipelajari."Dalam usia 40 tahun, berlakon teater adalah yang cukup besar buat diri saya. Sebelum ini ada juga tawaran yang diberikan, namun saya menolak dengan baik. Kini, sudah tiba waktu untuk saya cabar diri sendiri dan bersedia menerima segala kritikan dan teguran ."

Eja Tun Siti Hasmah
Eja tetap optimis dan yakin itu semua adalah rezeki daripada-Nya.Semuanya berbalik kepada ketentuan dan rezeki daripada Allah. Selebihnya, saya perlu berusaha dan tawakal, memberikan komitmen yang tinggi."Tentu sahaja, mana-mana pelakon tidak mahu dibandingkan dengan sesiapa. Saya percaya setiap pelakon ada kelebihan dan kekuatan sendiri. Jadi, doakan yang terbaik buat saya dan seluruh tenaga kerja teater ini nanti," tambah Eja yang mengakui gugup untuk beraksi di khalayak.
SeTeRuSnYa >>

Bas percuma atau Teksi berbayar


Usaha kerajaan mewujudkan perkhidmatan bas percuma Go-KL merupakan alternatif bagi menggalakkan rakyat amnya warga kota menggunakan pengangkutan awam seterusnya mengurangkan kesesakan lalu lintas di Pusat Perniagaan Daerah (CBD) di pusat bandar menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pemandu teksi di ibu negara.
Bas percuma GO - KL

Pertikaian pemandu teksi memuncak apabila lebih 200 pemandu teksi mogok di Bukit Bintang , pelbagai pihak mula terfikir sejauh mana kesan bas percuma ini kepada pemandu teksi hingga mereka nekad berhimpun.Sejak beroperasi pada 31 Ogos lalu, ramai yang menyambut baik perkhimatan percuma itu dan menyifatkan ia sebagai satu penghargaan kerajaan buat warga kota.
Teksi berbayar mahal?

Apa yang menjadi persoalan, adakah bas percuma ini dapat mengurangkan kesesakan di ibu kota seiring dengan matlamat asalnya? Tapi rasenyer berbaloi lah kan?xder lah kena cekik darah atau disembelih oleh tambang teksi yang mahal
SeTeRuSnYa >>

Stacy nak berlakon ?


Stacy menyatakan keinginannya untuk berlakon filem atau drama bagi melebarkan pengaruhnya dalam bidang seni.Stacie Angie Anam berumur  22 tahun, atau lebih tersohor sebagai Stacy, bukan stacy youtube yer =p
Stacy dan anaknya

Dia berminat untuk berlakon selain daripada menyanyi tetapi kekangan masa menghalangnya kerana sangat sibuk dan tidak mempunyai masa untuk terikat dengan komitmen seni yang lain .Kalau nak berlakon pun dia kena baiki dulu loghat Sabah yang pekat dalam tutur katanya.

Stacy AF6 nak jadi pelakon/ aktress?

Stacy tercalon untuk tiga kategori di AIM19 iaitu Album Terbaik (Stay-C), Video Muzik Terbaik (Pelangi Senja arahan Ghaz Abu Bakar) dan Susunan Muzik Terbaik di dalam Lagu (Kasanova).Klip video bule didapati atau di layan terus di Youtube =D
SeTeRuSnYa >>

Anzalna kumpul duit kahwin



Finalis Dewi Remaja 2010, Anzalna sememangnya mempunyai wajah dan penampilan yang menarik dan mampu membuat setiap orang tertarik. Peminat diluar ingin tahu status sebenar pelakon cantik dan seksi seksi Anzalna Nasir yang pernah muncul dalam rancangan "Sirrun"

Finalis dewi remaja Anzalna 

Anzalna sebenarnya sudah mempunyai seorang kekasih yang tampan serta sentiasa mencintainya.
Ujarnya mengenai perancangan mereka berdua untuk berkahwin sebelum umur mencecah 26 tahun.

Anzalna seksi seksi


Anzalna berkata mereka sama-sama baru nak mula mengumpul duit.Khabarnya telah berkenalan sejak lima tahun lepas dan mula menjalinkan hubungan cinta hampir satu tahun. Sebelum ini Anzalna seksi seksi dikaitkan dengan gosip chenta bersama aktor muda, Aeril Zafril.

SeTeRuSnYa >>

Penang Hotels

Hard Rock Hotel Penang

Memang syiok lah kalau pegi Penang dan dapat pulak menginap hotels a.k.a hotel - hotel yang terbaik dari segi servis dan kemudahan .

Slide tepi Pantai ade juga

Rase tak mahu keluar hotel ajer..hahhaha..apepun kena keluar juga,kalau tidak baik duduk rumah ajer...ronda - ronda kat Penang pon layan jugak sebenarnya,banyak tempat - tempat menarik ditambah dengan promosi dari Airasia yang meme berbaloi dari segi kewangan dan pilihan yang tepat dengan ketebalan poket anda..Hotel terbaik

Pool view Hotel Penang

SeTeRuSnYa >>

Perang Burger aka makanan segera Jepun!


Ader  perang burger kat Jepun sebab masing - masing berlumba nak cari untung.Dalam tahun  2010, McDonald's dengan  KFC masing - masing berperang iklan burger . Wendy's tidak boleh tahan dalam 2009 dan terpaksa menyerah . Ia tidak kembali bersaing di  pasaran persaingan sehingga 2011. Gergasi makanan segera perlu bersaing antara mereka dan juga pasaran tempatan yang juga hebat dan terkenal

Jepun baru baru ini memang berminat dengan barangan konsumer yang kompleks ,hasilnya terdapat pelbagai menu yang pelik.Jom layan ..


Wendy's Foie Gras Burger


 
Burger daging ini terdapat campuran hati itik yang berharga rm 32 sebiji..










McDonald's Mega McMuffin



Ini pula Mega campuran pelbagai menu Inggeris telur muffin










Burger King's NY Pizza Burger




Burger King daging lembu dengan topping pizza pepperoni, mozzarella and sos marinara










McDonald's Ebi Filet-O


McDonald's Ebi Filet-O memperkenalkan udang goreng , thousand island dressing, dan salad yang sihat =D











Burger King's Meat Monster Burger



haha mkan beger lagik!!nyum2


Meat Monster ader dua daging lembu,dada ayam,keju dan sayuran...lazats






SeTeRuSnYa >>

Ramly Burger Malaysian A hanya sampah di Singapura




Burger Ramly sangat popular di Malaysia, Burger Ramly merupakan Ikon makanan yang kita tahu mudah didapati di pasar malam atau di kiosk - kiosk kaki lima diwaktu malam  tetapi di Singapura hanya di kenali sebagai pembungkus makanan.Ini kerana kerajaan Singapura telah mengharamkan daging dan ayam Ramly Burger disana buat jangka waktu yang lama .

Sebaliknya apa yang ada adalah daging dengan jenama seperti Tasty, Sultan Burger and Armiya,kesemuanya dibuat di Singapura. Pengasas Burger  Ramly mencipta resepi burger keluarannya pada tahun 1979.Lima tahun selepas pelancaran Ramly burger boleh didapati dimana - mana seluruh Malaysia  termasuk  Singapura, Thailand ke Philippines dan Indonesia.Malaysia Boleh!

Tetapi hanya kertas pembungkus , mayonnaise,dan makanan sejukbeku seperti bebola sotong yang dipasarkan di Singapura.Pergh lame tak layan burger Ramly..jom2!!!!!
SeTeRuSnYa >>

Gambar Maya Karin Tanpa Make up

Gambar terkini wanita kelahiran German ,antara artis di Malaysia yang memenangi pelbagai anugerah  hiburan di Malaysia .

Gambar Maya Karin Twitter sedang process recording


 Gambar Maya Karin Mencari Ilham smpai tertidur ke


Maya Karin Yaya itu ini


SeTeRuSnYa >>

Tips Cantik Erra Fazira

Usia Erra Fazira menjangkau 38 tahun masih tidak menjadi penghalang kepada pelakon jelita Erra Fazira untuk terus kekal cantik menawan. Bekas ratu cantik Malaysia 1992 dan model antarabangsa antara pencapaian terbaiknya.Ujar Erra, wanita harus mempunyai keyakinan diri yang tinggi untuk tampil menarik di hadapan khalayak kerana keyakinan diri akan membezakan daya tarikan setiap wanita. 
Erra Fazira 2012 hot



Kita wajib menyayangi diri sendiri tanpa mengenal paras rupa sebab kecantikan datang dari dalam. "Bagi Erra, tips kecantikannya adalah anda jangan punyai sebarang keraguan terhadap diri sendiri. Jika anda sayang diri dan rasa diri anda cantik, maka cantiklah anda, sama ada anda sebenarnya cantik atau tidak.


Erra Fazira Ayu Cantik




" Walaubagaimanapun, beliau berkata lagi bahawa terlalu berkeyakinan sehingga mencapai tahap 'perasan' juga tidak elok dan perlu dikawal. "Kalau terlalu perasan pun tak elok juga, kerana lama-kelamaan, orang mesti akan bosan dengan sikap macam tu." 
Terima Kasih Erra...=D hu

SeTeRuSnYa >>

Adira Suntik Wajah ke



Adira dengan nama sebenar, Siti Adira Suhaimi berkata,  kulit wajahnya yang semakin hari semakin cerah dan disifatkan luar biasa adalah kerana penjagaan kulit secara semula jadi yang diamalkannya."Bukan  kali pertama saya dengar orang bercakap kononnya saya suntik untuk kelihatan cantik.
Adira AF8 AF Suntik Wajah?

"Namun semuanya tidak benar, kerana kulit saya sekarang adalah kulit asli dan saya tiada  bahan yang drastik selain hanya jaga pemakanan dan kulit. Adira  mengamalkan makanan tambahan untuk penjagaan kulit dan kesihatan diri,"jelas bekas naib juara Akademi Fantasia musim ke-8 (AF8) ini lagi yang dipetik dari laman  Murai.

Untuk memastikan kulit wajahnya sentiasa cantik, dia akan melakukan rawatan muka sebanyak dua kali sebulan disamping cara pemakanan sihat."Kalau hendak diikutkan, kulit saya lebih cerah ketika saya tinggal di Sabah dahulu,menetap di Semenanjung, saya harus menyesuaikan kulit saya dengan cuaca di sini yang lebih panas berbanding di Sabah.

Adira  af luarbiasa

SeTeRuSnYa >>

Ella el la pula Berkahwin



Ella Berkahwin
Tiba-tiba dengan satu kejutan, baru-baru ini, Ella, 46,mengaku dia sudah bertemu putera hatinya dan akan berkahwin dalam waktu terdekat.Ella tersenyum riang ketika ditemu ramah media. Namun kali ini ia nampak jauh lebih riang. Jelas sekali,menterjemahkan perasaan sangat bahagia menghitung hari.Manakala kakak El la berkata dia lega kerana hati Ella akhirnya terbuka menerima seorang lelaki untuk menjadi pelindung kepada dirinya. Bukan saja Ella, Jojie sendiri yang jadi berdebar menunggu hari perkahwinan Ella.
  

Ella sangat bersyukur dengan ketentuan takdir yang tersurat buat dirinya juga dia begitu gementar menempuh saat menjadi seorang isteri.Ella bersyukur dikelilingi oleh mereka yang memahami dan sangat menyayangi dirinya dan menyifatkan bakal suaminya  Azhar ,seorang yang sangat matang.


“I am sooooo.... happy and I really love this feeling!” jerit kecil penyanyi lagu Sembilu dan Dua Insan Bercinta ini.
Ella el la Berkahwin Azhar Ghazali Firefly
Ella akan berkahwin bersama seorang jejaka Johor, Azhar Ghazali seorang juruterbang sudah sembilan tahun mencuri hatinya.Meraka  berdua sepakat untuk melaksanakan mana yang wajib dulu. Majlis persandingan akan berlangsung pada 1 Disember nanti di Pusat Konvensyen Antarabangsa, Putrajaya.Ujar Ella lagi “Saya sebenarnya sangat menghormati permintaan keluarga bakal suami saya yang tidak mahu majlis ini menjadi terlalu gah kerana mereka memang orangnya bersederhana.


Tahniah =D
SeTeRuSnYa >>

Cacing Hidup dalam Mata Manusia!

Seorang doktor mengeluarkan cacing sepanjang 13 cm(5 inci) dari mata seorang pesakit setelah pesakit mengadu sakit yang berpanjangan selama dua minggu dari dalam matanya.Pesakit bernama P.K. Krishnamurthy dari India.Doktor yang membedah memberitahu ini merupakan kali pertama dia menemui kes sebegitu sepanjang 30 tahun kareernya 
Cacing Parasit sepanjang 5 inci


Isteri pesakit hanya melompat- lompat dan mundar mandir sepanjang pembedahan berlangsung..mungkin terlebih reaksi kot.Cacing parasit itu hidup selama 30 minit selepas pembedahan.Doktor memberitahu cacing parasit itu berasal dari makanan separa masak yang dimakan pesakit...EEuuuw


Masaklah semasaknya bagi makanan anda ..=D




SeTeRuSnYa >>

Sharifah Sofea Melayu Bertudung

Sharifah Sofea Melayu Bertudung
Kini seorang selebriti melayu bernama Sharifah Sofea kini telah melakukan penghijrahan dengan imej bertudung   Artis bernama Sharifah Sofea ini berkongsi foto terbarunya yang ayu mengenakan hijab dengan ungkapan 'Here’s to a new chapter… Bismillah!'.




Sharifah Sofea 


Penghijrahan ini dikuatkan lagi dengan langkah yang telah diambil oleh pelakon ini dengan memadamkan gambar-gambar lama beliau tanpa tudung.Syabas di ucapkan kepada Sharifah Sofea atas keputusan ini.Baguslah =D semoga ketenangan melimpah ruah dalam hidupnya
SeTeRuSnYa >>

Yusry tidak pernah berlakon


Bercerita tentang kehidupan selepas perkahwinan dengan Yusry,Lisa Surihani memberitahu dia sangat gembira dengan kehidupannya sekarang,Yusry adalah dirinya sewaktu dia mengenali sebelum alam perkahwinan,dia tidak pernah menyembunyikan apa - apa atau berlakon menyembunyikan tabiat buruk.
Lisa Surihani Yusry KRU

Lisa Surihani berkata jika punya masa terluang,  mereka akan  mengisi kualiti masa bersama seperti bersarapan  atau makan malam sebelum sibuk menjalani rutin harian masing-masing.Semuanya berjalan seperti sedia kala.

Setakat hari ini, Yusry masih orang yang sama saya kenali sewaktu bercinta dulu. Walaupun dia nampak seperti seorang yang serius, tapi sebenarnya dia sangat kelakar. Dia juga sangat pembersih, tertib.pelakon yang pernah memenangi anugerah Aktres Terbaik dalam Festival Filem Malaysia ke-23 (FFM23) itu kini memberitahu dia sedang sibuk di lokasi penggambaran filem seram pertamanya, Dendam Orang Mati.
Yusry KRU Lisa Surihani

Lisa Surihani membawa  watak Lena, seorang wanita yang baru tersedar dari koma namun menghidap amnesia dan telah diburu oleh misteri 'hantu', Lisa menyifatkan karakter tersebut sebagai salah satu karakter paling mencabar yang pernah digalas olehnya.
SeTeRuSnYa >>

Hodoh dan lucu wajah penerjun

Pada keadaan yang tinggi dan situasi yang mendebarkan,pasti reaksi wajah kita sendiri pun berubah.Di selitkan beberapa gambar penerjun yang huduh apatah lagi ader yang lucu

Macam beruk terkejut


Nak buang air besar ke


Macam alien or predator

Fooi...pelik gila reaksi vs Graviti

Haha..aneh betoi muka nya





SeTeRuSnYa >>