Safee Sali keciwa


Safee Sali keciwa dengan aksi pada malam lalu gagal dalam cubaan bagi mengalahkan pasukan kurang ternama Filipina.Ujar beliau "Kami sudah bermain baik dan cantik, menguasai setiap sudut permainan tetapi hanya gol gagal diperoleh. 
Safee Sali Cardiff ketika dahulu


Mungkin kerana faktor keadaan padang dan juga kurang ketenangan diri ketika melakukan penyudah.”
Itu respon penyerang sensasi negara, Safee Sali yang terus di hantui kemarau jaringan dalam setiap perlawanan.
Safee Sali keciwa


Kini badi kemarau jaringan telah  mencecah enam bulan untuk skuad Harimau Malaya sebaik tamat aksi persahabatan antarabangsa dengan Filipina,berkesudahan 0-0 di Stadium Shah Alam.Namun penyerang Pelita Jaya FC berazam bangkit menggegar gawang pasukan Singapura dalam aksi persahabatan antarabangsa seterusnya di Stadium Jalan Besar pada Jumaat ini.

0 comments:

Post a Comment