Malaysia - Arab Saudi tegang angkara Bersih 3.0?

Hubungan diplomatik antara Malaysia dan Arab Saudi kini genting angkara Bersih 3.0 yang diadakan di Arab Saudi oleh rakyat Malaysia yang menunaikan umrah disana .Pihak berkuasa Arab Saudi kini sedang menyiasat para jemaah yang terlibat dan menghubungi wakil kerajaan Malaysia di Arab Saudi berhubung insiden itu bagi mendapatkan penjelasan lanjut.
Bersih 3.0 di Arab Saudi
Kerajaan Arab Saudi mempertimbangkan untuk mengurangkan kuota jemaah Haji dari Malaysia pada tahun ini  kesan insiden itu.Pihak Arab Saudi mengambil serius tentang perhimpunan Bersih yang diadakan  kerana tidak mahu berlaku perkara yang sama seperti yang berlaku di Malaysia juga bagi memastikan keselamatan jemaah lain dari seluruh dunia . Arab Saudi juga tidak mahu menanggung kerugian dan impak negatif jika perhimpunan ini bertukar ganas kelak.
Malaysia - Arab Saudi tegang


Hadoi~!!niat tu penting kawan
SeTeRuSnYa >>

Khidmat 3 in One Gadis Pengiring




Khidmat ‘3 in one’ oleh sindiket yang yang bergiat secara aktif di beberapa bandar raya di seluruh negara kini terbongkar.Sindiket itu terlebih dulu mengumpan lelaki hidung belang dengan menghantar e-mel yang turut memaparkan gambar gadis cantik dan seksi yang didakwa model dengan aksi mengghairahkan.
Mangsa a.k.a pelanggan pasti teruja kerana gadis terbabit sebenarnya ‘serba guna’ — boleh dibawa ke mana saja, sama ada sekadar peneman ke pusat hiburan dan pelancongan atau terus ke kamar
Khidmat 3 in 1 gadis pengiring model
 Seorang wartawan yang menyamar sebagai pelanggan cuba menghubungi individu yang mengendalikan laman web menawarkan gadis seksi dan berahi sebagai ‘teman tapi mesra". Siasatan dimulakan setelah seorang lelaki membuat aduan tidak tahan lagi  menerima puluhan e-mel dihantar secara rawak menawarkan gadis pelbagai kategori untuk teman asmara atau sekadar bersosial. 
Gadis model sebagai gadis pengiring


Individu berkenaan menawarkan gadis pengiring yang didakwa sebagai model dengan bayaran RM450 untuk sejam, RM650 untuk tiga jam berikutnya dan RM1,200 selama enam jam seterusnya.Itu pun bayaran jam,jika setengah hari... perlu  bayar RM2,000. 


Pergh bisniz TONTO ini macam..!

SeTeRuSnYa >>

Nenek Veteran Jual Diri


Nenek vateran jual diri
Seorang nenek veteran berusia 63 tahun merupakan warga emas ditahan dalam serbuan dilakukan Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan secara berasingan di tiga hotel bajet di bandar Seremban .Suspek antara 25 wanita yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan pelacuran di hotel bajet sekitar bandar .
Serbuan pihak polis dilakukan setelah melakukan intipan dan risikan beberapan bulan hasil laporan mengenai kegiatan tidak bermoral itu “Serbuan di dua hotel bajet, Polis berjaya menahan 16 wanita tempatan termasuk lapan warga Indonesia yang disyaki pelacur.


Bapa ayam dan Nenek 
Bapa ayam yang mengawasi tempat berikut juga ditahan termasuk 14 orang pelanggan,1 warga asing.Pihak polis akan mempergiat  operasi seumpama itu secara berterusan bagi memastikan aktiviti tidak bermoral di negeri ini dapat dibanteras sepenuhnya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kegiatan seperti itu boleh menghubungi talian hotline IPK negeri iaitu 06- 7619999 atau balai polis berdekatan

WADdeHEL?
SeTeRuSnYa >>

Tips Cantik/Hemsem dan Awet Muda

Mesti ramai dah biasa dengar fasal topik ni.Awet Muda ,Cantik dan Hensem.Mungkin ramai yang tahu tentang perkara ni tetapi berapa ramai pula yang xtahu kan kan .Tapi ingat mengingati adalah lebih penting dan amalan yang mulia. Semoga anda yang membaca mendapat manfaat dan peringatan.Apepun antara tips adalah :

Tidur secukupnya, biasa orang kater 8 jam tapi ikut suke dan keperluan badan individu

Minum air yang banyak,sekurang - kurang nya 8 gelas sehari agar proses kimia tubuh dapat berjalan lancar

Happy a.k.a Gembira, jangan difikirkan sangat masalah kelak bole giler pule

Makan sayur - sayuran,membantu penghadaman dan keperluan vitamin dalam tubuh anda


Cantik / Hemsem tu abstrak...so senyum , xperlu kata apa- apa..yang penting praktikkan tips ini .Anda pasti sihat dan ceria =D
SeTeRuSnYa >>

Aishwarya Rai size XL Kajol pula?

Artis Bollywood yang dulunya hot hot kini telah bersaiz XL...hurm mungkin disebabkan kurang aktif berlakon dan beraksi dalam filem - filem lagi setelah berkeluarga...mereka adalah Aishwarya Rai dan juga Kajol bersaiz besar dalam bahasa lembutnya plus size beauty lah ,,hu


Aishwarya Rai plus size aka Gemuk

Aishwarya Rai sekarang XL

Aishwarya di festival Filem

Kajol juga XL size

Kajol pose 

Kajol da chubby?


masa muda mu sebelum masa tua mu~~ 
SeTeRuSnYa >>

Wanita kahwin diri Sendiri?OH~~

Seorang ibu beranak dua (ibu tunggal) mendedahkan mengapa dia mengahwini diri sendiri dan berdating makan malam seorang diri.Wanita bernama Nadine Schweigert, 36, dari Fargo, North Dakota, Amerika syarikat.
Nadine Schweigert kahwin diri sendiri


Nadine mengambil keputusan untuk berkahwin dengan diri sendiri setelah berasa tertekan mengharungi penceraian dan anak - anaknya memilih untuk tinggal dengan bekas suaminya.Nadine berkata dia bertindak sedemikian sebagai tanda perkembangan fasa baik dalam hidupnya.Dahulunya dia mengurus masalah dengan minum minuman beralkohol, merokok dan merupakan individu yang obes.
Nadine keluar makan berdating dengan diri sendiri
Majlisnya dihadiri 40 tetamu yang terdiri oleh rakan dan keluarga terdekat.Nadine juga menerima hadiah daripada mereka..


Peliknya respon~~siuman ke?
SeTeRuSnYa >>

Era Mubarak dan Kasut

Pilihan raya di Mesir kecoh lagi apabila calon bagi jawatan Perdana Menteri di baling kasut dan batu ketika calon sensasi Ahmed Shafiq tiba di pusat mengundi.Ahmed Shafiq merupakan bekas panglima tentera udara era Hosni Mubarak.
Kasut di Era Mubarak

Penduduk membenci Shafiq kerana dia secara terbuka mengecam tindakan reformasi golongan muda yang memperlihatkan Mesir bakal kembali ke tampuk lama diperintah oleh diktator seperti dalam Era Mubarak.
Dataran Tahrir penduduk membaling kasut
Penunjuk perasaan memegang kasut dan membaling batu sambil berteriak " Penjenayah sudah sampai,pengecut sudah ada disini,pergi jahanam undang - undang tentera !" Ahmed Shafiq berlari masuk kedalam karetanya semula .
SeTeRuSnYa >>

Info Trafik Hari Belia 2012


Jalan Putrajaya di tutup Hari Belia


Sambutan Hari Belia Negara  adalah  pengiktirafan  tertinggi terhadap sumbangan golongan muda di Malaysia. Kementerian Belia dan Sukan akan mengadakan Sambutan Hari Belia 2012 pada 23 hingga 27 Mei di sekeliling Putrajaya

Himpunan di Putrajaya ini merupakan acara kemuncak perayaan Hari Belia yang bermula di peringkat Negeri pada 15 Mei yang lalu . Acara  lima hari melibatkan 500 aktiviti dilaksanakan oleh agensi kerajaan, swasta dan NGO Belia dan Sukan.
Info trafik Hari Belia 2012

Hari bekerja 23 ke 25 Mei 2012, Persiaran Perdana masih  dibuka  di awal pagi bagi laluan  pekerja-pekerja sektor awam ke tempat  kerja masing-masing dan sekiranya boleh menjejaskan  keselamatan akibat kebanjiran pengunjung,jalan akan ditutup secara berperingkat . Pada petang 25 Mei 2012 Persiaran Perdana akan ditutup sepenuhnya.

Pada  Sabtu dan Ahad iaitu 26  hingga 27 Mei 2012, Persiaran Perdana akan ditutup seawal jam 7.00 pagi. Manakala bagi laluan lain bergantung kepada  lalulintas semasa dan penutupan akan dibuat secara berperingkat.

Moh kite poie Putrajaya~~!
SeTeRuSnYa >>

Kepala Hancur,Perut Terburai ..sadis!


Kepala Hancur

Kepala hancur ditetak,perutnya terburai begitulah keadaan mayat seorang warga tempatan yang lengkap berpakaian ditemui di ladang kelapa sawit Bukit Kapar,Klang.Mangsa berada dalam lingkungan 40-an itu ditemui terbaring .Pihak polis dari Balai Polis Kapar dikejarkan ke lokasi selepas menerima maklumat daripada pemilik ladang berkenaan.


Kepala Hancur Perut terburai

Terdapat lebih lima kesan tetakan yang dalam di kepala. Perutnya habis terburai. “Senjata yang digunakan bagi kes bunuh tidak ditemui di lokasi kejadian dan tiada dokumen pengenalan diri ditemui pada mayat.Polis menyiasat motif pembunuhan dan masih mengesan penjenayah yang terlibat. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat.
OH …kejam
SeTeRuSnYa >>

Hukuman Suntikan Kurang Nafsu?


Hukuman suntikan bagi mengurangkan nafsu?pelik tetapi benar ..Itulah hukuman yang akan dikenakan bagi salah laku seks di Korea Selatan kepada seorang lelaki berusia 45 tahun.
Suntikan kurang nafsu?

Lelaki dikenali sebagai Park telah menjalani hukuman penjara selama sepuluh tahun yang lalu atas kesalahan cubaan merogol kanak – kanak berusia 10 tahun dan akan dibebaskan Julai depan,Park akan diberi suntikan bagi mengurangkan nafsunya sebanyak 4 kali dalam setahun selama 3 tahun.

Huk huk~~perlukah?
SeTeRuSnYa >>

Kat Hassan bangkit Menggoda

Kat Hassan Menggoda
Enam tahun ‘menghilangkan’ diri daripada industri hiburan, Kat Hassan akhirnya kembali muncul di arus perdana dengan mempertaruhkan album pertamanya yang berjudul “Menggoda”..Kat masih mendapat sambutam di majlis - majlis korporat tetapi kurang mendapat pendedahan media, dia dikatakan menyepi.

Kat Mentor  a.k.a  Kat Hassan menceburi bidang lakonan dengan membintangi beberapa drama siri dan filem seperti Menantu 3 Rasa, Anak dan Legenda Budak Setan 2 & 3.Menyedari minat mendalam terhadap bidang nyanyian, adik ipar kepada penyanyi, Amy Search ini kembali bangkit sebagai penyanyi dengan sokongan padu daripada keluarganya.

Kat Mentor 
“Selepas keluar dari Mentor pada 2006, Kat cuba untuk bangkit semula memperjuangkan kerjaya sebagai penyanyi. Tetapi ketika itu, saya masih belum nampak peluang untuk saya bergelar penyanyi biarpun sebenarnya jauh di sudut hati, impian menyanyi dan merakamkan album masih menebal. 
                                       
Kat yakin tempoh 6 tahun mematangkan dirinya dan positif kebangkitannya masih relevan menampilkan pelbagai genre muzik seperti club dance, R&B dan balada
SeTeRuSnYa >>

Wan Sharmila Jadi Ibu Hot



Wan Sharmila Jadi Ibu?
Wan Sharmila akan menjadi seorang ibu?wah dengar katanya susah nak jadi ibu kerana sudah biasa hidup solo dan tidak ada pengalaman menjadi ibu bagi menjaga anak dengan penuh kasih sayang .Berikut komen Wan Sharmila ketika di tanya tentang pengalaman memegang watak seorang ibu dalam slot drama Arah Lain Ke Syurga yang bakal ke udara di Tv2 pada 22 Mei ini 
Wan Sharmila Hot bersama Norman Hakim

Drama ini menggandingkan Wan Sharmila dengan aktor Norman Hakim. Sharmila risau ketika hendak melakonkan watak tersebut kerana dia tiada pengalaman memegang bayi dan khuatir bayi tersebut jatuh sedang dia menggendongnya.Bagi Sharmila, ini adalah satu cabaran kerana dia perlu mendalami naluri menjadi seorang ibu yang sangat menyayangi anaknya walaupun hanya anak angkat.

Sharmila kekok pegang bayi

Fuh~~=P


SeTeRuSnYa >>

Kerjaya Perkhidmatan Awam Malaysia


Salam sejahtera !! kepada semua warganegara Malaysia yang berminat dengan peluang kerjaya yang penuh dengan manfaat dan kelebihan jangka pendek dan panjang.Anda dipelawa dengan segala hormatnya untuk mengisi borang pemohonan secara online di

Peluang Kerjaya Hebat Perkhidmatan Awam Malaysia


Permohonan hendaklah dilakukan secara pantas kerana tarikh tutup adalah pada malam ini sebelum 12 tengah malam,Moh kiter mohon beramai - ramai weh...Jawatan terbuka untuk semua peringkat Ijazah,Diploma dan juga SPM. deskripsi tugas boleh didapati pada pautan di bawah


Desripsi tugas a.k.a Jobscope

Walaubagaimana pun anda boleh sahaja mengisi borang di portal di atas tetapi jawatan berlainan.


Iklan asal di pautan => (original)
Jawatan di atas adalah terhad.Kira "hot" and limited edition..Kalau minat..apa lagi mohon sajer . All the best =D




SeTeRuSnYa >>

Yuna yunalis zarai jadi mangsa


Yuna rugi lebih RM 5000 setelah kereta miliknya dipecah. Penyanyi popular itu juga kehilangan 2 buah gitar miliknya serta anak didik (Diandra Arjunaidi) yang ditinggalkan dalam kereta beserta radio .
Yunalis Zarai Mangsa

Kereta Yuna digunakan oleh rakan baiknya Farhan Fadzlishah(Pa’an) untuk pulang ke Subang Jaya pada jam 7 petang .Kejadian berlaku ketika hujan lebat jam 5.30 pagi disedari oleh bapa Farhan kerana bunyi bising di garaj kereta.Kejadian melibatkan 4 suspek itu kini masih dalam siasatan pihak polis.
Yuna zarai mp3

Budak sekarang da xde kerja lain ker?
SeTeRuSnYa >>

Hamil Anak Keempat


"Setakat ini semua berjalan lancar cuma saya cepat penat mungkin kerana faktor usia. Perkara paling pelik saya minta daripada suami pun adalah sup lidah," katanya.Hasil hidupnya bersama Johan Nawawi ,Nora mempunyai tiga cahaya mata lain iaitu Putri Nor Dahlia, 8, Mohd Syakir Alif, 13 dan Mohd Syakir Iman, 19.

Nora hamil kali ke empat

Lagu Di Persimpangan Dilema mempopularkan namanya suatu ketika dahulu, Nora disahkan hamil anak keempat ketika  usianya 39 tahun.Nora tidak terkecuali mengalami alahan dan mengidam makanan yang pelik.

Rezeki - =D
SeTeRuSnYa >>

Mahu anak lagi


“Sememangnya saya selalu mengimpikan anak yang ramai. Tetapi jumlahnya masih belum difikirkan. Semuanya saya serahkan kepada tuhan,”“Buat masa ini, saya sedang sibuk dengan latihan untuk persembahan pertama saya tahun ini. Saya gembira dengan kehidupan sekarang”
Jutawan Mahu anak lagi


Dia baru bergelar ibu pada Januari, Beyonce Knowles, sudah menzahirkan keinginan untuk menambah bilangan anak lagi.

Beyonce dan Jay-z
 Jutawan berusia 30 tahun mengakui merancang untuk menambah lagi bilangan anak, bagaimanapun dia terikat dengan jadual kerja yang padat.Beyonce akan membuat persembahan di Atlantic City, New Jersey yang  merupakan persembahan pertamanya tahun ini.
SeTeRuSnYa >>

Siti NurHaliza dan Khairul Fahmi Kota Bharu a.k.a Apek


David Teo dave teo ?


Datuk Siti Nurhaliza dan Khairul Fahmi Che Mat aka Apek menjadi juri kepada pencarian bakat baru bagi membintangi filem arahan Mejar (a) David Teo.Sesi pertama berlangsung di Kota Bharu Mall.
Khairul Fahmi dan Leuniey
 Leuniey juga dijemput hadir sebagai juri tambahan .Leuniey merupakan model minyak wangi Simply Siti dan kehadirannya sekaligus mempromosi minyak wangi Datuk Siti.Ada desas – desus mengatakan Siti membantu Apek dalam mencari pengganti dalam hatinya a.k.a cari calon bini lah ..huks2
Minyak Wangi Simply Siti

Apek pula menafikan dakwaan itu kerana dia hanya membantu dan hubungan adalah dalam erti kata professional dalam perniagaan.
SeTeRuSnYa >>

Adi Putra Mahu Cerai?

Adi putra dan Aida Yusof
Adi Putra pula dikhabarkan memfailkan permohonan cerai terhadap isterinya, Aida Yusof pada 11 Mei lalu. Khabar gempar ini mengejutkan pelbagai pihak terutama media massa dan peminat diseluruh Malaysia .Aktor popular,  dari Singapura ini popular dengan filem KL Gangster suatu ketika dulu juga pernah melakonkan watak romantis dalam beberapa slot drama di Tv3
Adi Putra  gempar
Kenyataan ini dikuatkan lagi apabila berita gempar tersebut turut dihebahkan di radio Sinar FM dan juga status Facebook kelab peminatnya, pagi ini
Adi putra Gosip terkini



Bagaimanapun ,tiada kenyataan rasmi lagi dari Adi Putra sendiri.

OH...kenapa lah sume nak cerai
SeTeRuSnYa >>

Jururawat cilok RM 60000


Jururawat cilok lagi
Mangsa kepada jururawat yang mencilok RM 60000 tidak sempat menghabiskan kursus peralihan selama lapan bulan terlibat  dalam kemalangan dalam perjalanan ke Sungai Petani pada Julai 2009.Pesara tentera dekat Kampung Air Puteh Dalam , Pendang, membuat laporan polis setelah menyedari bekas isterinya memalsukan cek berjumlah RM60,000 yang diperuntukkan pihak (ATM) kepadanya.

Kemalangan itu menyebabkan dia koma selama tiga minggu dan hilang ingatan selama tiga tahun menyebabkan bekas isterinya meminta fasakh kerana mendakwa dia tidak waras selepas kemalangan itu, lebih sadis apabila bekas isterinya yang merupakan seorang jururawat sebuah hospital kerajaan bertindak memalsukan cek miliknya yang diperuntukkan ATM
Palsukan cek RM 60 000

“Selepas sedar, dia tertanya-tanya dimana duit insurans dan merujuk kepada pihak ATM dan difahamkan bahawa mereka telah menyerahkan cek itu kepada bekas isterinya.

Licik dan sadis..=(
SeTeRuSnYa >>

Israel hanya Nyamuk


Mahmoud Ahmadinejad beberapa kali berkata pentingnya 'melenyapkan' Israel dari peta dunia, Ahmadinejad berkata sambil menyindir .Selain Iran tidak perlu membeli senjata untuk menyerang negara Yahudi itu, katanya, Israel hanya sebuah 'negara nyamuk'.
Mahmoud Ahmadinejad menegaskan

Israel tidak lebih seperti nyamuk yang tidak nampak berbanding negara luas seperti Iran," kata
Menurutnya lagi, dengan kuasa ALLAH, negaranya boleh bebas daripada bayangan kuasa Amerika Syarikat dan Zionis, jelas beliau kepada Agensi Berita Republik Islam Iran.
Senjata nuklear berbilion dollar

Mahmoud menambah, Negara seluruh Teluk diperdaya oleh “mereka “ pentingnya  membeli senjata bernilai berbilion dolar daripada kuasa asing yang angkuh kononnya akan tercetus perang antara Iran dan Israel. Kuasa Israel sendiri akan menjadi semakin lemah jika negara lain mengurangkan hubungan serantau seperti tidak menjual minyak dan bahan mentah kepada Israel.

Berani kerana benar!!
SeTeRuSnYa >>

Datuk Siti Nurhaliza realiti I-Klon


Siti Nurhaliza I-Klon

Datuk Siti Nurhaliza menjadi penerbit program realiti nyanyian terbaru diberi nama I- Klon. Program realiti I-Klon ini mencari serta memberi peluang kepada perserta seluruh Malaysia yang berkebolehan menyanyi dan meniru gaya artis idola mereka.
Datuk Siti Nurhaliza
Datuk Siti yakin I-Klon merupakan program realiti hiburan yang akan memberikan kesan besar kepada industri hiburan tanah air."Konsep asal program ini adalah daripada RTM dan SNP diberi kepercayaan untuk mengolah idea serta konsep asas. Siti Nurhaliza percaya, peserta yang terlibat akan berjaya kelak berdasarkan mutu dan kualiti yang dimiliki.
Siti Nur Haliza Production(SNP)
Realiti I-Klon merupakan terbitan Siti Nurhaliza Production (SNP) dan RTM memulakan pencarian pesertanya sebelum bulan Ramadan lalu. 16 orang peserta terpilih ke peringkat saringan dinilai untuk ke peringkat separuh akhir dan akhir. Manakala, lima peserta terbaik akan berentap diperingkat akhir.
Azrul Raja Lawak
Durasi realiti I-Klon 30 minit, akan disiarkan sebanyak 13 episod menerusi TV1 atau saluran 180 (Astro) bermula November depan dan dihoskan oleh Azrul Raja Lawak. Program ini dirakamkan sepenuhnya di Mini Auditorium, Pusat Pelancongan Malaysia (MATiC), Jalan Ampang,KL.
SeTeRuSnYa >>