Pengantin Kasanova,Kaki Tipu,Kaki Songlap !!


Pihak polis daerah Alor Gajah sedang giat memburu seorang lelaki yang melarikan kereta,barang kemas,laptop,telefon bimbit milik tunangnya, dua hari sebelum majlis pernikahan mereka berlangsung.
Pengantin Kasanova

Suspek bernama  Ramli Kamaruddin, 30, dan beralamat di Jalan Tun Perak, Bachang, melarikan diri bersama kereta milik tunangnya, dua hari sebelum pernikahan.Suspek mengikat tali pertunangan pada Januari lalu.Pada hari kejadian (Khamis) bakal pengantin berjumpa tunangnya ,berhajat meminjam kereta dan berjanji akan memulangkan keesokan harinya tetapi suspek tidak mengotakan janji,mangsa cuba menghubunginya tetapi gagal.
Kaki Tipu,Kaki Songlap

Menurut mangsa , dalam tempoh bertunang, Suspek turut menjalin hubungan dengan wanita lain menggunakan nama ‘Shah’ dan mendakwa dirinya bekerja sebagai anggota keselamatan. Siasatan awal polis mendapati, lelaki ini dikehendaki polis berhubung laporan polis yang dibuat di Balai Polis Dang Wangi pada 2004.Dia juga memiliki rekod jenayah lampau atas kesalahan penipuan pada 2009.

Licik betul kasanova ni~~ BEWARE ~!!

0 comments:

Post a Comment