Najwa Latif Jadi Duta Rasmi...Pergh!


Najwa Latif telah dipilih sebagai duta rasmi sebuah portal e-pembelajaran, uniCLIQ, khas bagi pelajar sekolah menengah.Najwa Latif merupakan penyanyi remaja yang popular dengan lagu 'Kosong.Najwa juga tidak dapat menyembunyikan kebimbangan dan rasa gementar apabila dilantik sebagai Duta Rasmi portal e-pembelajaran milik syarikat uniCLIQ Sdn Bhd bercampur rasa bangga dan gembira.
Najwa latif jadi duta


"Jujur,saya berasa agak takut kerana ini merupakan tanggungjawab dan amanah yang besar. Saya akan cuba memainkan peranan saya sebagai duta yang mewakili produk ini sebaik mungkin. Najwa telah merakamkan semula dua lagu dari albumnya untuk digunakan sebagai muzik latar di portal uniCLIQ. Portal itu juga menyediakan laman blog khas untuknnya berinteraksi dengan para pengguna portal dan peminatnya.
Girly cover album Najwa Latif
Portal uniCLIQ ternyata satu pilihan yang bijak untuk mengulangkaji kerana sistem pembelajarannya yang 'sempoi' lagi menyeronokkan. Malah pelajar dapat mengakses uniCLIQ melalui alat tablet android mahu pun iPad atau alatan lain yang mempunyai capaian Internet .uniCLIQ diperaku oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, kandungannya ditapis dan disusun selaras kurikulum kebangsaan yang ditetapkan Kementerian dan boleh diakses melalui Internet dimana jua di www.uniCLIQ.com.
Syabas Najwa~~!!=D

1 comments:

razfira said...

tahniah Najwa yg kiut!

Post a Comment