Dato' Shahrukh Khan Kena Saman


Aktor terkenal Bollywood, Dato' Shahrukh Khan dikenakan saman oleh mahkamah India atas kesalahan merokok di khalayak ramai ketika berada di Stadium Sawai Man Singh ketika  perlawanan Indian Premier League.Dato' Shahrukh Khan melakukan kesalahan semasa menonton perlawanan antara Rajasthan Royals dan Kolkata Knights Riders.
Shahrukh Khan Disaman


“Merokok dikhalayak ramai sudah lama tidak dibenarkan di Rajasthan sejak tahun 2000 lagi di bawah Akta Halangan Merokok Rajasthan. Shahrukh Khan didapati merokok di hadapan beribu penonton yang menyaksikan perlawanan itu,” kata peguam, Nem Singh Rathore yang memfailkan aduan bagi pihak Pengarah Akademi Kriket Jaipur, Anand Singh Rathore.
Dato' Shahrukh Khan


Shahrukh Khan diminta menghadirkan diri ke mahkamah pada 26 Mei ini bagi tujuan perbicaraan.Kalau dipraktikkan di Malaysia,pasti ramai yang disaman =P

0 comments:

Post a Comment