RUGI RM1 juta kerana Bersih 3.0


Rugi lebih RM1 juta! merupakan jumlah kerugian yang  diterima oleh kumpulan peniaga di Kompleks Pertama akibat perhimpunan Bersih 3.0 . Zainul@Hanafiah Ahmad yang merupakan Pengerusi Persatuan Peniaga Melayu Kompleks Pertama, semua premis perniagaan tidak beroperasi kerana pihak pengurusan menutup bekalan elektrik sepanjang hari.
BerSIH 3.0 sebab kerugian RM 1 juta 
Menurut beliau, purata pendapatan peniaga ialah RM2,000 malah ada yang mencecah RM40,000 sehari.Kebiasaannya ramai pelanggan pada hujung minggu atau cuti umum, Mereka rugi besar kerana terpaksa tutup kedai.Turut hadir , Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), Mohd Ridzuan Abdullah.

Mereka yang menganjurkan dan menyertai perhimpunan itu tidak menghargai keamanan negara.
“Kementerian Dalam Negeri (KDN) diminta tegas menangani isu Bersih kerana banyak pihak menerima kesan negatif, kata Mohd Ridzuan Abdullah.
Ramai giler manusia Bersih 3.0

Ada pro dan kontra juga Bersih ni..kalau terpelajar sila guna hak Miranda..(‘’ ,)
SeTeRuSnYa >>

KFC Kena Saman RM25 Juta


KFC disaman 25 juta


Tidak habis lagi cerita pekerja  KFC di Malaysia bertengkar dengan pelanggan,Kini KFC Sydney disaman RM25.2 juta (£5.1 juta) oleh keluarga kanak-kanak perempuan Australia, yang mengalami kerosakan otak yang teruk selepas disebabkan produk ayam yang tercemar tujuh tahun lalu.

Ketika Monika Samaan berusia tujuh tahun, dia didapati jatuh sakit selepas makan produk 'Twister' yang dicemari bakteria salmonella di restoran KFC di Villawood, Sydney yang menyebabkan dia kini hidup dengan bergantung pada kerusi beroda dan bisu.Menurut laporan BBC, pihak KFC sangat kecewa dengan keputusan itu dan akan mengemukakan rayuan. 
KFC di Malaysia

Hakim Mahkamah Agung New South Wales mengurangkan jumlah saman itu, yang pada mulanya  bersamaan dengan A$8 juta, selepas memutuskan bahawa KFC telah melanggar tanggungjawabnya mengambil berat tentang keadaan kanak-kanak itu.Keluarga mangsa gembira dengan keputusan mahkamah.
TWISTER yang dikatakan telah tercemar


Monika berada dalam koma selama enam bulan selepas dia, ibu bapa dan abangnya jatuh sakit dengan muntah-muntah selepas berkongsi Twister yang sama , KFC, yang dimiliki oleh Yum! Brands, terkejut dengan keputusan itu sambil menegaskan, tiada bukti kukuh menunjukan makanan disediakan menyebabkan masalah kepada mereka.

Moral of the story..Janganlah selalu makan “Fast Food” demi kehidupan dan kesihatan anda.=D.



SeTeRuSnYa >>

Lelaki Hebat ada 20 Isteri ,500 cucu



Rumah Agam Tinggalan Jack
Lelaki Hebat yang tinggal di Uganda meninggal dunia pada umur 103,sememangnya bertuah kerana dikurniakan 158 anak serta kira-kira 500 cucu.Lelaki bernama Jack Kigongo dari kampung Kateera di daerah Kiboga didakwa mempunyai anak seramai itu, hasil perkahwinannya bersama 20 isteri.

Anak Jack, Patrick Bulira Kigongo memberitahu, keluarga mereka kini berhadapan masalah kesempitan hidup selepas bapanya meninggal dunia.“Adik-beradik saya terpaksa menjual buah-buahan di kampung. Kami masih tinggal di dua rumah agam usang tinggalan bapa yang dibahagikan mengikut ibu masing-masing,” menurutnya lagi.
Jack Kigongo bersama Keluarga


Cerita Kigongo  pada tahun 1997, ketika itu berumur 80 tahun dan baru berkahwin dengan isteri termuda berumur 18 tahun pernah hangat di media tempatan. Difahamkan, anak sulung Kigongo berumur 60 tahun, manakala, bongsu berumur 15 tahun.

Dah namanya Rezeki~~=D
SeTeRuSnYa >>

Siapa Tengku Cleopatra Haidar?


Linda Jasmine dan Que Haidar

Tengku Cleopatra Haidar adalah nama yang diberi kepada bayi Linda Jamine dan Que Haidar yang lahir pada 26 haribulan yang lalu.Bayi itu lahir di Hospital Gleneagles,Kuala Lumpur secara pembedahan.Nama Cleopatra, dipilih bagi melengkapi nama anak perempuan sulung mereka, Tengku Ratu Haidar.
Tengku Ratu Haidar
 
Nama Ratu cukup kuat menggambarkan dirinya dan kerana itu mereka memilih Cleopatra yang juga nama seorang ratu di Mesir cukup terkenal dengan kisahnya sebagai seorang pemimpin wanita."Cleo" nama manja anak mereka mirip wajah Linda yang lebih cerah dari adik beradik yang lain serta bermata jernih.
Linda Jasmine sewaktu Hamil

Buat masa ini, Linda dan suami masih belum bersedia untuk berkongsi gambar comel bayi mereka. Tengku Cleopatra Haidar pasti secomel mak dan ayahnya. Tahniah sekali lagi kepada Linda dan Que atas berita gembira ini.Kredit mStar
 Cheers~~=D
SeTeRuSnYa >>

Gadis Di Rogol Rakan Sekelas

Tindakan serang gadis berpatah balik ke kelas bagi mengambil kembali buku yang tertinggal mengundang padah apabila dirogol rakan sekelasnya pada Ahad lalu, mangsa yang berusia 16 tahun mendakwa dirogol rakannya di dalam kelas di salah sebuah sekolah di daerah Kuala Terengganu, kira-kira jam 1.45 petang.
Di Rogol Rakan


Empat suspek dipercayai menyorok sebaik menyedari kehadiran mangsa, kemudiannya keluar ketika mangsa sedang mengambil buku.Mangsa memberitahu seorang daripada suspek telah merogolnya dan dua lagi mencabulnya, manakala seorang lagi hanya memerhatikan perbuatan terkutuk tiga rakannya itu.
Tiga Rakan


“Sejurus kejadian itu, mangsa telah ke rumah ibu saudaranya dan berubah menjadi pendiam selepas kejadian itu. Dia juga kelihatan takut dan trauma apabila berjumpa dengan lelaki selepas peristiwa hitam itu.“Keluarganya hanya mengetahui kejadian itu Rabu lalu setelah dihubungi pihak sekolah dan dia kemudiannya menceritakan kejadian itu kepada ahli keluarga. Satu laporan dibuat di Balai Polis Kuala Terengganu kelmarin, kira-kira jam 2.30 petang,” katanya.

Tiga daripada empat suspek telah ditangkap awal pagi semalam dan direman selama tujuh hari bermula semalam.

Sekolah pon da tak selamat,ape nak jadi budak-budak sekarang ni?
SeTeRuSnYa >>

Gempar : Awang HITAM Gila seks


Seorang warga Afrika cedera teruk dibelasah penduduk yang berang dengan tindakannya mengganggu isteri orang. Kejadian berlaku 11 malam kelmarin, suspek bertindak mengetuk pintu rumah mangsa yang terletak di tingkat bawah blok P, Apartmen Harmoni, Damansara Damai.  
Awang Hitam Gila

Suspek mengetuk beberapa kali rumah mangsa tanpa diketahui sebab dia berbuat demikian.“Bila mangsa buka pintu, tiada orang di luar namun niat jahat warga Afrika itu mahu menerjah masuk ke dalam rumah tidak menjadi.
 “Wanita itu membuka pintu secara tiba-tiba dan dapat melihat dengan jelas suspek yang hanya berseluar pendek serta tidak berbaju.
 
“Terperanjat dengan kehadiran suspek, wanita itu kemudiannya menjerit sekuat hati dan jeritannya didengari oleh jiran berhampiran,” katanya.
 Jelasnya, panik melihat kehadiran jiran mangsa, suspek melarikan diri dan akhirnya dicekup serta dibelasah penduduk di hadapan Sekolah Kebangsaan Damansara Damai 2.
 
Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT ) Apartmen Harmoni, Zahabu Ramli berkata, sebaik mendapat laporan, anggota KRT turun ke lokasi dan melihat warga Afrika sudah tidak bermaya. 





“Kami serahkan suspek kepada polis untuk tindakan selanjutnya dan wanita itu kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Damansara Damai,” katanya.Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut


Pergh...Bahayer Giler Skang~!! Hati2 walaupun kat umah sendiri
SeTeRuSnYa >>

Aziz Desa Di ICU


Ketua Pegawai Operasi Kelantan Trade Center (KTC), Aziz Desa dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Pakar Perdana di sini, akibat mengambil ubat tanpa pemeriksaan doctor.Mulanya dia hanya mengalami kebas tangan dan kaki, sebelum mendapatkan ubat di farmasi.
Aziz Desa Masuk ICU


“Setelah dirujuk doktor, kesan ubat itu menyebabkan sakit dada, muntah, pening dan jantung berdegup kencang.“Saya kemudian ke hospital ini untuk pemeriksaan dan ditahan di ICU untuk rawatan lanjut,” Aziz, yang turut mempunyai masalah kencing manis sejak beberapa tahun lalu juga mengakui ubat kebas diambil itu turut memberi kesan terhadap penyakit tersebut. 

Aziz Desa In Person

 
“Saya tak sangka akan seteruk ini, sehingga bermalam di wad, dan dipantau doktor setiap masa,” katanya yang dinasihatkan untuk berada di wad itu selama seminggu.Ditanya sama ada isu yang timbul sepanjang menerajui KTC turut mempengaruhi masalah kesihatannya, Aziz berkata, mungkin kerana terlalu banyak berfikir menyebabkan beliau terleka sehingga mengganggu kesihatan.

Aziz Desa "OnAir" Nasi Lemak Kopi O

 
Aziz, yang juga pengacara Nasi Lemak Kopi O di TV9, mula menerajui KTC Februari 2012, dan sejak itu bermacam program dilakukan dalam menaikkan nama pusat konvensyen itu.Pelbagai polemik dan salah faham tercetus di sebalik keberanian dan ketegasan beliau ketika menjalankan tanggungjawab diamanahkan.Get Well Soon~~!

SeTeRuSnYa >>

Maya Karin Komen Aksi Rogol dan Skandal Ombak Rindu


 Maya Karin telah memberi komen mengenai aksi yang paling banyak menerima kritikan di dalam filem "Ombak Rindu", iaitu aksi rogol.
Maya yang membawa watak seorang gadis kampung yang naif dan lurus yang dikenali sebagai Izzah, yang kemudiannya telah dijual untuk menjadi seorang pelacur. Malah dia telah dirogol oleh pelanggan pertama, yang dilakonkan oleh Aaron Aziz, walau begitu, lelaki tersebut kemudiannya telah jatuh cinta dengannya.
Maya Karin , Ombak Rindu

Berdasarkan petikan dari the Daily Chili, Maya menyatakan komen yang berlainan mengenai isu yang masih hangat diperkatakan sekarang.
"Pembikinan Ombak Rindu meliputi gambaran mengenai keadaan yang sebenar yang kini berlaku di sekeliling kita. Walaupun ada wanita yang tabah dalam menghadapi keadaan ini dan melawan kembali sekiranya ditindas, namun begitu masih ramai lagi wanita di luar sana yang tidak berkemampuan dan kuat untuk berbuat sedemikian ada juga yang berskandal akhirnya terjerat"
Skandal Ombak Rindu?

"Terdapat juga wanita seperti Izzah yang terperangkap, ditipu, dan terjebak dengan dadah. Setiap filem tidak semestinya mengenai wanita yang melawan balik dan berjaya mengatasi keganasan," kata aktres ini lagi.
Di sebalik kejayaan Ombak Rindu, yang telah meraih kutipan pecah panggung Malaysia sebanyak RM11 juta, Maya juga kini semakin popular dengan tawaran berlakon yang mencurah-curah.
Phews..Panas ~~=p
SeTeRuSnYa >>

Lelaki Indonesia Mati Di BUNUH


Mayat seorang lelaki Indonesia ditemui dengan tangan berikat di tempat pembuangan sampah di Jalan Masjid ,Subang, semalam.Mayat lelaki Indonesia tu ditemui jam 8 pagi oleh seorang pengawal keselamatan.
Longgokan sampah


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sebaik dimaklumkan berhubung perkara itu.Lelaki yang dipercayai baru sahaja dibunuh, beberapa jam sebelum mayatnya dijumpai.
“Siasatan menunjukkan kedua-dua tangan mangsa diikat ke belakang dan terdapat kesan cedera di leher, perut, depan dan belakang badannya.Menurutnya, tiada senjata atau dokumen pengenalan diri ditemui berhampiran mangsa atau kawasan sekitar.

Mayat Lelaki Indonesia

 
“Kita masih belum dapat kenal pasti motif kejadian dan siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,”
Mayat dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat.
Horor :{
SeTeRuSnYa >>

G.I. Joe: Retaliation


G.I. Joe: Retaliation


G.I. Joe: Retaliation akan di tayangkan Jun ini, filem arahan, Jon M. Chu di hasilkan ke layar perak berlandaskan komik dan patung G.I Joe yang cukup popular di kalangan kanak-kanak suatu ketika dulu.
Dalam sekuel terbaru ini,asalnya diberi judul, G.I. Joe: Cobra Strikes, Judulnya ditukar kerana penulis skrip, Rhett Reese dan Paul Wernick, merasakan ia tidak sesuai.Menurut kedua penulis yang pernah bekerjasama menghasilkan skrip filem Zombie Land ini, judul filem G.I Joe perlulah sehebat karyanya.

Watak - watak dalam G.I Joe terkini


Selain menampilkan pengarah serta penulis skrip tersohor, filem ini turut dibarisi pelakon terkenal Hollywood seperti Bruce Willis sebagai bintang utama, Channing Tatum, Arnold Vosloo, Ray Park, Jonathan Pryce dan Lee Byung-hun.
 Malah ia dikuatkan lagi dengan pemilihan Dwayne Johnson atau
The Rock. Pastinya, penampilan hero gusti tersohor  ini dinanti-nantikan peminat.


The Rock a.k.a Dwayne Johnson


Filem yang menjalankan penggambaran di Lousiana ini turut menjadi perhatian peminat seluruh dunia apabila tersebar desas-desus mengatakan watak Komander Cobra akan berakhir dengan baik bagi sekual ini.
 Jon Chu menegaskan, khabar itu tidak benar sama sekali. Menurutnya, bagaimana pun pengakhirannya, ia pasti akan meninggalkan kesan mendalam terhadap peminat setia G.I Joe.Dalam pada itu, filem ini turut meninggalkan kesan ke atas produksi apabila salah seorang krew meninggal dunia ketika menjalankan penggambaran di sebuah gudang, New Orleans.
 
Mesti best sebab intro kat wayang chill beb~~!!,apalagik,,,beli tiket dan layan =D

SeTeRuSnYa >>

Didakwa kerana Kuliah Agama?


Kerana mengadakan kuliah agama tanpa lesen/permit,ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam di sebuah surau Taman Seri Sementa, Kapar dekat sini, 16 Ogos lalu.
 
Khalid Samad 


Bagaimanapun, Khalid mengaku tidak bersalah atas tuduhan itu, yang dibacakan di hadapan Hakim Syarie, Norafizi Fitri Ab Manaf.

Didakwa di Mahkamah

 
Mahkamah juga membebaskan Khalid dengan ikat jamin RM1,500 dengan seorang penjamin.

P/S=Sume nak kene bayar ker?da macam parking dah =P
SeTeRuSnYa >>

Hari Ibu Malaysia


Hari Ibu yang pertama disambut di AS pada 1914. Tradisi menyambut Hari Ibu kemudiannya tersebar di beberapa negara.Bagaimanapun, budaya sambutan Hari Ibu di setiap negara adalah berbeza berdasarkan amalan sesebuah masyarakat.Cara Hari Ibu disambut di serata dunia, ideanya adalah sama iaitu menyatakan rasa cinta, hormat dan terima kasih di atas kasih sayang yang dicurahkan dan pengorbanan ibu.Hari Ibu Malaysia tahun ini disambut pada 9 Mei 2012.
Hari Ibu Malaysia


Detik menjadi seorang ibu merupakan antara detik dan pengalaman paling indah dalam hidup wanita.Namun, pada hari ini, mungkin masih ada wanita yang tidak bersedia atau tidak menghargai pengalaman menjadi seorang ibu.Golongan itu tidak bersedia untuk menjadi ibu mungkin kerana sebab-sebab tertentu. Seperti laporan yang kita baca sebelum ini, ada yang tergamak mendera anak sendiri, membuang atau membunuh bayi yang baru dilahirkan.

Ada juga kes ibu tunggal yang membiarkan anak perempuan mereka bersama teman lelaki sehingga kanak-kanak itu didera sampai mati.Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sebelum ini pernah mengingatkan golongan wanita terutamanya ibu tunggal yang bekerja supaya tidak cuai dalam menjaga anak mereka dan meninggalkan kanak-kanak itu sewenang-wenangnya.

Kek Hari Ibu


Ibu yang bekerja perlu melakukan pengorbanan yang besar dalam mengimbangi kerjaya dan anak-anak. Selain membataskan aktiviti sosial dan lain-lain. Aspek-aspek yang penting seperti membantu kerja sekolah anak-anak, mendidik dan menerapkan nilai-nilai murni perlu menjadi keutamaan. Ini kerana aset terbaik seorang ibu adalah anak-anak.Hubungan yang erat di antara ibu dan anak adalah sangat penting supaya anak-anak boleh berterus-terang dan berkongsi sebarang masalah dengan ibunya.

Oleh itu, setiap ibu perlu memastikan mereka memberikan sepenuh kasih sayang, menjadi pendengar yang baik dan rakan yang memahami kepada setiap anak-anak mereka. Langkah ini mampu mengeratkan hubungan di antara ibu dan anak sekali gus menyuburkan nilai kasih sayang dalam masyarakat..Terima kasih Ibu =D

SeTeRuSnYa >>

Memalukan…Restoran Milik VIP Curi Air


Restoran milik VIP bergelar Datuk diserbu Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span), semalam kerana disyaki mencuri air sejak tiga hari lalu.Restoran terletak di Seremban 2, dekat sini itu dipercayai melakukan sambungan­ haram untuk kegunaan harian premis yang baru dibuka Sabtu lalu.

Curi air


Pengurus Khidmat Pelanggan dan Hal Ehwal Awam Sains, Azlan Abdul Aziz berkata, hasil pemeriksaan lanjut, pihaknya mendapati wujud penyambungan paip tanpa kebenaran di premis terbabit.

“Hasil pemeriksaan mendapati sambungan secara tidak sah berkenaan dilakukan menggunakan paip jenis mudah lentur bersaiz 15 milimeter (mm) dan Hasil ujian klorin yang dilakukan menunjukkan air berkenaan adalah air terawat milik Sains,” katanya .Pihak berkuasa mengeluarkan notis memaklumkan kesalahan terhadap pemilik premis dan paip itu disita untuk dijadikan sebagai bahan bukti.

Sambungan paip yang di buat

“Siasatan awal mendapati air itu dipercayai digunakan untuk kegunaan harian premis berkenaan,” katanya.Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes curi air boleh menghubungi talian bebas tol Sains 1-800-88-6982 untuk tindakan lanjut dan identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan- sinar harian
Duit banyak pon curi air gak..ape celup?
SeTeRuSnYa >>

Warden Penjara Mangsa Mike Tyson

Mike Tyson 

Hidup Mike Tyson, tidak pernah lekang daripada kontroversi dan pengakuannya. Keluar masuk penjara bagaikan rutin normal, Mike Tyson mengaku dia pernah mempunyai hubungan sulit dengan seorang warden penjara tempat tahanannya.


Wajah Suspek!


Malah, mangsa Mike Tyson itu  telah mengandungkan anaknya tanpa pengetahuan sesiapa sehinggalah Mike sendiri membuka pekungnya.
 “Saya tidak pernah bercerita mengenai hal ini tetapi hakikatnya, perkara sebegini biasa berlaku. Tapi, anak itu tidak pernah lahir,” katanya lagi. Wanita petugas itu melakukan pengguguran sebelum bayi itu dilahirkan.



Mike Tyson Juara Dunia

 
Sebelum ini, Mike pernah dikenakan hukuman penjara selama 18 tahun kerana kesalahan memperkosa gadis 18 tahun, Desiree Washington pada 1992. Pada usia 13 tahun, Mike dimasukkan ke penjara sebanyak 38 kali. Namun, kerana kehebatannya dalam dunia sukan tinju, dia pernah menjadi juara dunia tinju kelas berat dan disanjung ramai..
Macam – macam  ..Penjara pon jadik =(

SeTeRuSnYa >>

Zahida Rafik Kena "Cilok" RM 200 000


Pelakon yang sedang hangat diperkatakan, Zahida Mohamed Rafik a.k.a Zahida Rafik, kerugian RM200,000 kerana ditipu oleh pemandu peribadi yang telah berkhidmat lebih dari 5 tahun. Zahida yang popular menerusi filem komedi Anak Mami The Movie menyerahkan wang tunai berkenaan kepada suspek berusia 37 tahun itu pada kira-kira jam 11 pagi Rabu lalu dan sejak itu suspek gagal dihubungi,dipercayai melarikan diri.


Zahida Rafik dicilok RM 200K



Zahida Rafik menjalankan perniagaan milik keluarganya di sini turut ke rumah suspek tetapi hampa apabila dimaklumkan lelaki berkenaan tidak pulang ke rumah dan gagal dihubungi. Zahida kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, di sini, pada petang hari sama. Wang RM200,000 itu sepatutnya diberi 
kepada rakan perniagaannya di China.


Zahida Rafik (wajah full make over =p)



Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan menerima laporan berkenaan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan kerana pecah amanah.Zahida ketika dihubungi semalam berkata, apa yang berlaku mungkin kesilapannya sendiri kerana terlalu percaya terhadap suspek. Belum selesai isu dangan menteri dah kena tipu,Nampaknya suspek juga pandai mengambil kesempatan..Isy… ramai yang sanggup “mencilok” bile nampak duit yang banyak ni..=(
SeTeRuSnYa >>

Bola Dari Jepun Dihanyut Tsunami ke Alaska


Sebiji bola sepak dihanyut tsunami, yang melanda Jepun Mac tahun lalu, sehingga ke perairan Alaska, akan dipulangkan kepada pemiliknya,remaja berusia 16 tahun.Nama remaja itu, Misaki Murakami terdapat pada bola tersebut, yang dihadiahkan kepadanya tujuh tahun lalu.
Bola Sepak Dari Jepun
Bola ditemui oleh David Baxter lebih setahun selepas tsunami di Middleton Island, Bola itu dihadiahkan oleh rakan sekelasnya pada 2005 apabila dia berpindah sekolah Alaksa.Pulau itu terletak kira-kira 112 kilometer dari tanah besar.Murakami dipetik media Jepun berkata, dia gembira kerana memang bola itu adalah miliknya.
Laporan BBC dan AP menyebut, pada hari kejadian, dia jatuh sakit dan hanya berada di rumah. Bagaimanapun dia berjaya melarikan diri ke kawasan tinggi apabila gemba bumi melanda, katanya dipetik Kyodo.Rumahnya turut dilarikan arus tsunami.
Misaki Murakami
Isteri Baxter, seorang rakyat Jepun, telah menterjemahkan tulisan pada bola itu termasuk nama sebuah sekolah dan mesej "semoga berjaya".Katanya, "kemungkinan ini peluang pertama sejak tsunami Mac 2011, sisa yang dibawa dari Jepun telah dikenal pasti dan boleh dipulangkan kepada pemiliknya." Sumber- Sinar Harian
Sangat lucky dan bertuah~~!! =D

SeTeRuSnYa >>

Supermodel Hot Seksi katakan tidak..


Supermodel Hot



Kurang dua tahun lagi, supermodel “ter fehmes” Heidi Klum bakal berusia 40 tahun iaitu angka yang amat digeruni wanita."Katakan tidak kepada pembedahan plastik," ujar Heidi.
Say no to plastics surgery

Bagaimanapun, bekas isteri Seal ini langsung tidak gentar dengan pertambahan usia, sebaliknya berbangga dengan kecantikan asli dimilikinya.Ibu kepada empat anak juga tidak akan sesekali melakukan pembedahan plastik untuk kelihatan lebih cantik.
Heidi Klum Semulajadi


“Pembedahan plastik bukanlah satu-satunya penyelesaian untuk menjadi cantik terutamanya bagi gadis remaja.“Apa yang saya miliki sekarang adalah satu anugerah dan saya tidak akan sesekali mengubahnya walaupun usia saya sudah mencecah 65 tahun,” katanya.
Say no to plastic surgery =D
SeTeRuSnYa >>

Isteri Muda Mati Tergantung


Seorang pembantu kedai terkejut apabila menemui mayat isterinya tergantung di tali buaian yang diikat di alang rumah mereka di Taman Tengku Panglima, Wakaf Mek Zainab, di sini petang kelmarin.

Tergantung 


Zulkifli Azmi, 25, menemui mayat isterinya, Apinyar Datubahae, 26, tergantung di bilik di tingkat atas, kira-kira jam 3 petang, ketika pulang untuk menghantar makanan.
Zulkifli memberitahu pemberita kejadian tersebut disedarinya apabila mendengar anak tunggalnya, Siti Nur Aishah Ateiyra, sembilan bulan, menangis.

“Pelik dengan tangisan itu, saya terus ke tingkat atas dan terkejut melihat mayat isteri saya tergantung di tali buaian “.Di fahamkan, sejak dua bulan lepas setelah balik dari Wing, Thailand, isterinya tiba-tiba menjadi pemarah dan juga pernah mengelar pergelangan tangannya apabila tertekan,” katanya.

Tali tergantung


Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman, memberitahu mayat Apinyar dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini untuk bedah siasat - Sinar harian
Teruknyer die menemui ajal…aib =(
SeTeRuSnYa >>

Sepasang kekasih ditemui MATI ketika BER...

Sepasang Kekasih yang menjalinkan hubungan SULIT 
ditemui mati dalam sebuah kereta di Bukit Puchong pukul 1 petang tadi akibat terhidu gas beracun dari alat penghawa dingin.Pihak polis memberi huraian ,mayat lelaki berusia 32 tahun dan teman wanitanya berusia 26 tahun ditemui oleh ayah si lelaki tersebut dalam kereta yang diletakkan di dalam bengkel milik mangsa.






Ayah lelaki tersebut terdengar bunyi enjin dan radio yang terpasang di dalam bengkel dan mengesyaki sesuautu yang mencurigakan membawa kepada penemuan kedua-dua mayat.
Kedua-dua mereka dikatakan sudah berkahwin dan sedang berhadapan masalah rumah tangga dengan pasangan masing-masing.  



Ketua Polis Subang Jaya ACP Yahaya Ramli ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kedua-dua mayat telah dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat. - Bernama/Sinar Harian
Isy2...macam macam lah kat Malaysia sekarang ni =(

SeTeRuSnYa >>

Kurt Cobain hasil album solo

KURT COBAIN 1992


Vokalis kumpulan Nirvana  ,Kurt Cobain sedang dalam proses menghasilan album solo apabila Kurt ditemui membunuh diri dalam tahun 1994.

“Itu adalah visi Kurt ,album solo tetapi berkarya dengan kumpulan orang yang berbeza.Cobain telah menulis dan  menghasilkan lagu kesinambungan dari hasil karyanya dahulu” ujar Eric Erlandson, ahli kumpulan Hole , Band yang di asaskan oleh Isteri Kurt.

KURT Cobain & COURTNEY Love


Ia sepatutnya dalam album “White” beliau, perasaan teruja apabila melihat beliau sedang bekerja,menghasilkan muzik unik didepanku, ujar  Eric Erlandson lagi. Kurt Cobain membunuh dirinya ketika berusia 27 tahun yang mana genre grunge Nirvana  ketika itu berada di puncak..alkisah =P
SeTeRuSnYa >>