Ariel & Luna Maya, BERPISAH sebab duit?
ARIEL & LUNA MAYA |
Hubungan kekasih antara dua selebriti ter “HOT" negara seberang Ariel Peterpan & Luna Maya tampaknya disebabkan oleh pelbagai masalah. Selepas kontroversi putus kerana muncul pihak ketiga, kini terdapat sumber yang mengatakan mereka berpisah disebabkan duit
Sumber gosip mendakwa ketika pasangan ini masih bersama, mereka mempunyai akaun simpanan bersama yang dipegang Ariel. Namun setelah berpisah, Luna dikatakan meminta kembali duit dari Ariel yang kini berada di penjara Rutan Kebonwaru, Bandung .
Ariel , sebelum ini semasa bersama kumpulan Peterpan, merupakan salah satu pemuzik yang berpendapatan tinggi. Namun Ariel tidak lagi mampu memperoleh duit a.k.a wang seperti dahulu selepas dia dipenjarakan kerana kes video lucahnya.
Berpisah kerana duit? |
Luna Maya yang juga pengarah filem "Skors" itu juga tidak menafikan jika dirinya yang sentiasa rapat dengan banyak pengusaha malah dia telah menemui pengganti Ariel, seorang pengusaha kafe.
"Saya memang rapat dengan banyak pengusaha, kan saya juga pengusaha," jelas Luna.
Luna juga tidak mahu bercerita panjang tentang hubungannya dengan Ariel yang dikata telah berakhir. Sumber terdekat Ariel mengesahkan bahawa mereka sudah berpisah.Macam – macam lah artis ni =P
0 comments:
Post a Comment