Hari Ibu Malaysia
Hari Ibu yang pertama disambut di AS pada 1914.
Tradisi menyambut Hari Ibu kemudiannya tersebar di beberapa negara.Bagaimanapun,
budaya sambutan Hari Ibu di setiap negara adalah berbeza berdasarkan amalan
sesebuah masyarakat.Cara Hari Ibu disambut di serata dunia, ideanya adalah sama
iaitu menyatakan rasa cinta, hormat dan terima kasih di atas kasih sayang yang
dicurahkan dan pengorbanan ibu.Hari Ibu Malaysia tahun ini disambut pada 9 Mei
2012.
Hari Ibu Malaysia |
Detik menjadi seorang ibu merupakan antara detik
dan pengalaman paling indah dalam hidup wanita.Namun, pada hari ini, mungkin
masih ada wanita yang tidak bersedia atau tidak menghargai pengalaman menjadi
seorang ibu.Golongan itu tidak bersedia untuk menjadi ibu mungkin kerana
sebab-sebab tertentu. Seperti laporan yang kita baca sebelum ini, ada yang
tergamak mendera anak sendiri, membuang atau membunuh bayi yang baru
dilahirkan.
Kek Hari Ibu |
Ibu yang bekerja perlu melakukan pengorbanan
yang besar dalam mengimbangi kerjaya dan anak-anak. Selain membataskan aktiviti
sosial dan lain-lain. Aspek-aspek yang penting seperti membantu kerja sekolah
anak-anak, mendidik dan menerapkan nilai-nilai murni perlu menjadi keutamaan.
Ini kerana aset terbaik seorang ibu adalah anak-anak.Hubungan yang erat di
antara ibu dan anak adalah sangat penting supaya anak-anak boleh
berterus-terang dan berkongsi sebarang masalah dengan ibunya.
Oleh itu, setiap ibu perlu memastikan mereka
memberikan sepenuh kasih sayang, menjadi pendengar yang baik dan rakan yang
memahami kepada setiap anak-anak mereka. Langkah ini mampu mengeratkan hubungan
di antara ibu dan anak sekali gus menyuburkan nilai kasih sayang dalam
masyarakat..Terima kasih Ibu =D
1 comments:
Kan bagus kalau boleh hadiahkan kesihatan dan kecantikan untuk ibu? ;)
Post a Comment