Maya Karin Komen Aksi Rogol dan Skandal Ombak Rindu
Maya Karin telah
memberi komen mengenai aksi yang paling banyak menerima kritikan di dalam filem
"Ombak Rindu", iaitu aksi rogol.
Maya yang membawa watak seorang gadis kampung yang naif dan lurus
yang dikenali sebagai Izzah, yang kemudiannya telah dijual untuk menjadi
seorang pelacur. Malah dia telah dirogol oleh pelanggan pertama, yang
dilakonkan oleh Aaron Aziz, walau begitu, lelaki tersebut kemudiannya telah
jatuh cinta dengannya.
Maya Karin , Ombak Rindu |
Berdasarkan petikan dari the Daily Chili, Maya menyatakan komen
yang berlainan mengenai isu yang masih hangat diperkatakan sekarang.
"Pembikinan Ombak Rindu meliputi gambaran mengenai keadaan
yang sebenar yang kini berlaku di sekeliling kita. Walaupun ada wanita yang
tabah dalam menghadapi keadaan ini dan melawan kembali sekiranya ditindas,
namun begitu masih ramai lagi wanita di luar sana yang tidak berkemampuan dan
kuat untuk berbuat sedemikian ada juga yang berskandal akhirnya terjerat"
Skandal Ombak Rindu? |
"Terdapat juga wanita seperti Izzah yang terperangkap,
ditipu, dan terjebak dengan dadah. Setiap filem tidak semestinya mengenai
wanita yang melawan balik dan berjaya mengatasi keganasan," kata aktres
ini lagi.
Di sebalik kejayaan Ombak Rindu, yang telah meraih kutipan pecah
panggung Malaysia sebanyak RM11 juta, Maya juga kini semakin popular dengan
tawaran berlakon yang mencurah-curah.
Phews..Panas
~~=p
0 comments:
Post a Comment