Proton Baru Preve’ 2012 - P3-21A

Proton Preve’ juga dikenali sebagai Proton persona R, R yang bermaksud model gantian (replacement) dan bukannya (Type R).Proton Preve’ juga adalah sebuah kereta dari jenis model kompak dimana ianya dibina atas landasan model Proton Exora .


merah menyala terkini


Model terbaru Proton Preve’ ini akan disiap dan dibina di Tanjung Malim,Perak dan akan dijangka pelancarannya secara rasmi oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak pada 15 April 2012.Harga pasaran bagi model Preve’ ini adalah antara RM 62K hingga RM 75K.


paddle shifter(racing mode)


Proton P3-21A terdapat dalam 2 jenis versi enjin Campro 1.6 CFE  and 1.6 CFE turbo.Ini membolehkan Proton Preve’ ini menghasilkan kuasa bersamaan enjin 2.0 liter.Ia menggunakan CVT gearbox yang mana akan memberi pemanduan yang lancar semasa penukaran gear.Maklumat lebih lanjut boleh didapati melalui laman sesawang Proton atau tunggu sahaja pelancaran secara rasmi nanti….TerbaEK!

0 comments:

Post a Comment