Aziz Desa Di ICU


Ketua Pegawai Operasi Kelantan Trade Center (KTC), Aziz Desa dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Pakar Perdana di sini, akibat mengambil ubat tanpa pemeriksaan doctor.Mulanya dia hanya mengalami kebas tangan dan kaki, sebelum mendapatkan ubat di farmasi.
Aziz Desa Masuk ICU


“Setelah dirujuk doktor, kesan ubat itu menyebabkan sakit dada, muntah, pening dan jantung berdegup kencang.“Saya kemudian ke hospital ini untuk pemeriksaan dan ditahan di ICU untuk rawatan lanjut,” Aziz, yang turut mempunyai masalah kencing manis sejak beberapa tahun lalu juga mengakui ubat kebas diambil itu turut memberi kesan terhadap penyakit tersebut. 

Aziz Desa In Person

 
“Saya tak sangka akan seteruk ini, sehingga bermalam di wad, dan dipantau doktor setiap masa,” katanya yang dinasihatkan untuk berada di wad itu selama seminggu.Ditanya sama ada isu yang timbul sepanjang menerajui KTC turut mempengaruhi masalah kesihatannya, Aziz berkata, mungkin kerana terlalu banyak berfikir menyebabkan beliau terleka sehingga mengganggu kesihatan.

Aziz Desa "OnAir" Nasi Lemak Kopi O

 
Aziz, yang juga pengacara Nasi Lemak Kopi O di TV9, mula menerajui KTC Februari 2012, dan sejak itu bermacam program dilakukan dalam menaikkan nama pusat konvensyen itu.Pelbagai polemik dan salah faham tercetus di sebalik keberanian dan ketegasan beliau ketika menjalankan tanggungjawab diamanahkan.Get Well Soon~~!

0 comments:

Post a Comment