Bola Dari Jepun Dihanyut Tsunami ke Alaska


Sebiji bola sepak dihanyut tsunami, yang melanda Jepun Mac tahun lalu, sehingga ke perairan Alaska, akan dipulangkan kepada pemiliknya,remaja berusia 16 tahun.Nama remaja itu, Misaki Murakami terdapat pada bola tersebut, yang dihadiahkan kepadanya tujuh tahun lalu.
Bola Sepak Dari Jepun
Bola ditemui oleh David Baxter lebih setahun selepas tsunami di Middleton Island, Bola itu dihadiahkan oleh rakan sekelasnya pada 2005 apabila dia berpindah sekolah Alaksa.Pulau itu terletak kira-kira 112 kilometer dari tanah besar.Murakami dipetik media Jepun berkata, dia gembira kerana memang bola itu adalah miliknya.
Laporan BBC dan AP menyebut, pada hari kejadian, dia jatuh sakit dan hanya berada di rumah. Bagaimanapun dia berjaya melarikan diri ke kawasan tinggi apabila gemba bumi melanda, katanya dipetik Kyodo.Rumahnya turut dilarikan arus tsunami.
Misaki Murakami
Isteri Baxter, seorang rakyat Jepun, telah menterjemahkan tulisan pada bola itu termasuk nama sebuah sekolah dan mesej "semoga berjaya".Katanya, "kemungkinan ini peluang pertama sejak tsunami Mac 2011, sisa yang dibawa dari Jepun telah dikenal pasti dan boleh dipulangkan kepada pemiliknya." Sumber- Sinar Harian
Sangat lucky dan bertuah~~!! =D

1 comments:

shoutvoc said...

memang susah nak dpt blk brg ni..sure bdak ni simpan bola tu smp bile2

Post a Comment