Hari Ibu Malaysia


Hari Ibu yang pertama disambut di AS pada 1914. Tradisi menyambut Hari Ibu kemudiannya tersebar di beberapa negara.Bagaimanapun, budaya sambutan Hari Ibu di setiap negara adalah berbeza berdasarkan amalan sesebuah masyarakat.Cara Hari Ibu disambut di serata dunia, ideanya adalah sama iaitu menyatakan rasa cinta, hormat dan terima kasih di atas kasih sayang yang dicurahkan dan pengorbanan ibu.Hari Ibu Malaysia tahun ini disambut pada 9 Mei 2012.
Hari Ibu Malaysia


Detik menjadi seorang ibu merupakan antara detik dan pengalaman paling indah dalam hidup wanita.Namun, pada hari ini, mungkin masih ada wanita yang tidak bersedia atau tidak menghargai pengalaman menjadi seorang ibu.Golongan itu tidak bersedia untuk menjadi ibu mungkin kerana sebab-sebab tertentu. Seperti laporan yang kita baca sebelum ini, ada yang tergamak mendera anak sendiri, membuang atau membunuh bayi yang baru dilahirkan.

Ada juga kes ibu tunggal yang membiarkan anak perempuan mereka bersama teman lelaki sehingga kanak-kanak itu didera sampai mati.Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sebelum ini pernah mengingatkan golongan wanita terutamanya ibu tunggal yang bekerja supaya tidak cuai dalam menjaga anak mereka dan meninggalkan kanak-kanak itu sewenang-wenangnya.

Kek Hari Ibu


Ibu yang bekerja perlu melakukan pengorbanan yang besar dalam mengimbangi kerjaya dan anak-anak. Selain membataskan aktiviti sosial dan lain-lain. Aspek-aspek yang penting seperti membantu kerja sekolah anak-anak, mendidik dan menerapkan nilai-nilai murni perlu menjadi keutamaan. Ini kerana aset terbaik seorang ibu adalah anak-anak.Hubungan yang erat di antara ibu dan anak adalah sangat penting supaya anak-anak boleh berterus-terang dan berkongsi sebarang masalah dengan ibunya.

Oleh itu, setiap ibu perlu memastikan mereka memberikan sepenuh kasih sayang, menjadi pendengar yang baik dan rakan yang memahami kepada setiap anak-anak mereka. Langkah ini mampu mengeratkan hubungan di antara ibu dan anak sekali gus menyuburkan nilai kasih sayang dalam masyarakat..Terima kasih Ibu =D

1 comments:

Qaseh Ana said...

Kan bagus kalau boleh hadiahkan kesihatan dan kecantikan untuk ibu? ;)

Post a Comment