Amender Hari Wesak?


Amender Hari Wesak?Ha tak ramai orang yang tahu pasal Hari Wesak,rata - ratanya mesti jawab Hari Wesak hari Cuti,kalau keje dapat “double pay”,tidak kurang menjawab hari tak payah  kerja…Yeppi!
Hari Wesak Di Malaysia


Hukaloh,teruk bebeno nyer..kita hidup di Malaysia ,jadi sekurang kurangnya kenalah tahu ape itu Hari Wesak.Tak ape,mari saya kongsikan sikit,bak kate orang putih “Sharing is Caring”. Hari Wesak merupakan hari terpenting bagi penganut agama Buddha kerana Hari Wesak melambangkan Kelahiran, Pencerahan Agung, dan Kewafatan Gautama Buddha.Tiga peristiwa berlaku pada Hari Wesak ini pada amnya.

Sambutan Hari Wesak

Penganut ajaran Buddha akan mengunjungi kuil Buddha pada waktu pagi untuk memberikan penghormatan kepada Buddha,yang di simbolikkan oleh simbol-simbol Buddha seperti Pagoda, patung Buddha, pokok Bodhi dan Sarikata (relik Buddha). Penganut akan melafazkan semula Tisarana(Tiga Perlindungan: Buddha, Dhamma dan Sangha) untuk memperbaharui komitmen mereka kepada ajaran Buddha. Perlindungan, dalam pengertian ajaran Buddha merujuk kepada perlindungan daripada kesengsaraan dan ketidakpuasan duniawi. Hari Wesak juga merupakan hari memberi makan kepada orang miskin dan sedekah kepada para sami.
Hari Wesak Malaysia

Lebih lanjut boleh bertanya kepada penganut Buddha sendiri…Trimas =D

0 comments:

Post a Comment