Semakan Sistem Gaji Baru Pencen Penjawat Awam Bagi Pesara 2011/2012 "Tell Us Date Of Payment”


Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memberi respon kepada surat/artikel yang ditulis kepada kerajaan melalaui akhbar New Straits Times tentang biler lah nak bayo kadar pencen baru kat pesara awam.

Pembayaran pencen yang diselaraskan mengikut Sistem Saraan Malaysia Yang Ditambahbaik dah dibayar kepada pesara mulai bulan April 2012. Seramai 386,156 pesara telahpun dibayar mengikut kadar pencen baru berdasarkan Sistem Saraan Malaysia Yang Ditambahbaik manakala tunggakan perbezaan kadar pencen bagi bulan Januari hingga Mac akan dibayar bersekali dengan pencen bulan Mei ni


Pesara yang masih belum merasa pencen baru bulan April, kadar pencen baru itu akan  pada bulan Mei “sekali la” dengan tunggakan perbezaan bagi bulan Januari hingga April.Ini bermaksud tunggakan “Januari sampai April”akan diberikan sekali bersama gaji pada bulan Mei 2012

Tidak jelas lagi,bulelah kemukakan pertanyaan lanjut kepada:

No.Telefon : 03 - 8885 4421 / 4438 / 4424 / 4445
No.Faks : 03 - 8888 4028
Jabatan Perkhidmatan Awam
Bahagian Pasca Perkhidmatan
Blok C2, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 W.P Putrajaya

p/s Gaji pencen da naik jangan pulak bershopping  sakan,ingat- ingat simpan untuk anak cucu..=D

entry asal

0 comments:

Post a Comment