Datuk Siti Nurhaliza realiti I-Klon


Siti Nurhaliza I-Klon

Datuk Siti Nurhaliza menjadi penerbit program realiti nyanyian terbaru diberi nama I- Klon. Program realiti I-Klon ini mencari serta memberi peluang kepada perserta seluruh Malaysia yang berkebolehan menyanyi dan meniru gaya artis idola mereka.
Datuk Siti Nurhaliza
Datuk Siti yakin I-Klon merupakan program realiti hiburan yang akan memberikan kesan besar kepada industri hiburan tanah air."Konsep asal program ini adalah daripada RTM dan SNP diberi kepercayaan untuk mengolah idea serta konsep asas. Siti Nurhaliza percaya, peserta yang terlibat akan berjaya kelak berdasarkan mutu dan kualiti yang dimiliki.
Siti Nur Haliza Production(SNP)
Realiti I-Klon merupakan terbitan Siti Nurhaliza Production (SNP) dan RTM memulakan pencarian pesertanya sebelum bulan Ramadan lalu. 16 orang peserta terpilih ke peringkat saringan dinilai untuk ke peringkat separuh akhir dan akhir. Manakala, lima peserta terbaik akan berentap diperingkat akhir.
Azrul Raja Lawak
Durasi realiti I-Klon 30 minit, akan disiarkan sebanyak 13 episod menerusi TV1 atau saluran 180 (Astro) bermula November depan dan dihoskan oleh Azrul Raja Lawak. Program ini dirakamkan sepenuhnya di Mini Auditorium, Pusat Pelancongan Malaysia (MATiC), Jalan Ampang,KL.

0 comments:

Post a Comment