Gambar Yatt Hamzah Bertudung

Yatt Hamzah Kini

Yatt Hamzah atau nama sebenarnya, Haryati Hamzah, 32, berhijrah sejak hampir sebulan lalu tampil lebih ayu dan cantik dengan mengenakan tudung.


Yatt Hamzah Bertudung



Yatt masih menerima tawaran lakonan seperti biasa, cuma dia sendiri yang menolak kerana tidak bersesuaian dengan imej barunya.Kebanyakan watak memerlukan dirinya membuka tudung. Walaupun untuk seketika seperti babak di dalam rumah, saya tidak sanggup melakukannya, maka lebih baik saya menolak tawaran itu,” kata Yatt Hamzah

Yatt Hamzah Modelling


Yatt bersyukur kerana pintu rezekinya tetap terbuka di cabang lain.Menurut Yatt, sejak penghijrahannya , dia kerap menerima undangan sebagai ahli panel di forum-forum agama.Ini memberi pengalaman baru buat dirinya yang langsung tidak pernah dijangka sebelum ini.Yatt juga mendapat tawaran untuk mengacara program berbentuk keagamaan di sebuah stesen televisyen.

Yatt Hamzah Di RTM


Dalam usaha untuk memperbaiki diri, perjalanan Yatt bukanlah semudah disangka kerana dia tidak terlepas daripada menerima pandangan negatif segelintir masyarakat.Niat ikhlasnya tatkala berkongsi pengalaman bertudung disalah anggap segelintir pihak yang melabelkannya sebagai riak.

Yatt Hamzah dan Suami

Baginya, yang penting biarlah niat itu ikhlas dan bukan untuk berlagak, kerana Yatt anggap ini adalah sebahagian daripada dakwah kecil-kecilan dirinya,Dia yang bersyukur sentiasa menerima sokongan padu daripada insan terdekat.


Puteri Sulung Yatt Hamzah "comelnyeh"
Suci Hanania Malika Abdul Mutalib

2 comments:

DOSEFIRE said...

cumel btol baby tu..haha

Risik Resepi said...

Alhamdulilah..

Post a Comment