Info Trafik Hari Belia 2012


Jalan Putrajaya di tutup Hari Belia


Sambutan Hari Belia Negara  adalah  pengiktirafan  tertinggi terhadap sumbangan golongan muda di Malaysia. Kementerian Belia dan Sukan akan mengadakan Sambutan Hari Belia 2012 pada 23 hingga 27 Mei di sekeliling Putrajaya

Himpunan di Putrajaya ini merupakan acara kemuncak perayaan Hari Belia yang bermula di peringkat Negeri pada 15 Mei yang lalu . Acara  lima hari melibatkan 500 aktiviti dilaksanakan oleh agensi kerajaan, swasta dan NGO Belia dan Sukan.
Info trafik Hari Belia 2012

Hari bekerja 23 ke 25 Mei 2012, Persiaran Perdana masih  dibuka  di awal pagi bagi laluan  pekerja-pekerja sektor awam ke tempat  kerja masing-masing dan sekiranya boleh menjejaskan  keselamatan akibat kebanjiran pengunjung,jalan akan ditutup secara berperingkat . Pada petang 25 Mei 2012 Persiaran Perdana akan ditutup sepenuhnya.

Pada  Sabtu dan Ahad iaitu 26  hingga 27 Mei 2012, Persiaran Perdana akan ditutup seawal jam 7.00 pagi. Manakala bagi laluan lain bergantung kepada  lalulintas semasa dan penutupan akan dibuat secara berperingkat.

Moh kite poie Putrajaya~~!

0 comments:

Post a Comment